Friday, June 28, 2019

RESEPI NASI IMPIT GORENG DAN SAMBAL KICAP JOHOR


As salam semua kwn2,

Salam jumaat terakhir di bulan syawal, harini mcm biasa, kita share resepi... 
Kalau cara aku, mmg jenis yg mudah, ringkas dan padat ye kwn2 

Mula2 kita share resepi nasi impit goreng @ ketupat goreng, Selalunya mmg terkenal time2 raya lah, sbb masa tu ada banyak ketupat.  Ketupat nasi atau nasi impit je tau, ketupat palas aku tak pernah try pulak hehehe

Mungkin ada yg pelik dengan nasi impit goreng ni, tp utk org johor dan melaka, menu ni mmg biasa buat kami.  Korang nk tau sedap ke tak... cuba lah ye

Sambal kicap tu lak, sambal wajib ada kt rumah, Kalau takde mcm tak lengkap gitu hehehe

Nasi Impit goreng
Bahan-bahan:

10 ke 20 biji ketupat mini belah 4, ( kalau pakai ketupat yg besar tu korang belah la bg mudah makan)
1 btg lobak merah - potong dadu
5 ke 7 batang kcg panjang - potong pendek
100 gm ayam - potong kecil ( boleh je nk guna lauk lain daging atau seafood)
1 paket perencah nasi goreng adabi
4 ulas bwg putih - kisar
2 biji bwg merah besar - kisar
2 sudu besar cili boh
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis

Cara Masak:
- Tumiskan bahan2 kisar dan cili boh hingga keluar minyak dan masukkan ayam
- Bila ayam hampir masak, masukkan perencah nasi goreng adabi , lobak dan kacang panjang.
- Masukkan kicap manis dan nasi impit, gaul hingga sekata dan perasan dengan garam.
- Masukkan telur gaul rata bila dh nampak agak kering boleh matikan api, siap



nasi impit potong 4 tau, nk guna sayur lain pun boleh je... cuma aku suka guna 2 sayur ni

tumiskan ini hingga kering baru masukkan ayam tau

aku suka guna perencah ns goreng adabi nih,
kredit gambar dr web adabi.com


masak ayam hingga betul2 masak

bila dh masak mcmni baru masukkan nasi impit

kita gaul2kan semuanya hingga sebati

kcg panjang tu aku tambah lg, itu nampak hijau lg... aku suka boh telur dah nk last2... nk boh time awal2 pun boleh

siap dh.. aku suka yg bersalut mcmni


Resepi Sambal kicap johor

bahan-bahan:
20 ke 50 biji cili api kampung ( selalu aku campur cili api kampung dan cili api bangla)
2-3  ulas bwg putih
2 sudu besar gula pasir
1/2 botol kecil Kicap lemak manis jalen
Air limau kasturi

Cara sediakan:
- Kisarkan semua bahan kecuali air limau hingga sebati semuanya
- keluarkan sambal kicap dan simpan dalam bekas, baru masukkan air limau
- Siap, sedia di makan dengan apa2
* selalunya aku kisar banyak dan simpan dalam peti air, bila nk makan baru ambil dan isi dalam bekas kecil lain. Bila simpan dalam peti ais, pedas dia akan tahan lama.


Ini bahan utama dan gula pasir

masa ni boh kicap sikit lg... selalu ikut kuantiti cili tu la ek

mcmni rupa bila dh siap kisar... org johor dlm peti atau kt rumah mesti ada sambal ni

13 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Senang rupanya nak buat nasi impit goreng ye Dana..

Nanti nak Cuba .

Aryan azra said...

gaya macam goreng mee jugaklah ye nasi impit goreng ni dana ye, akak tak pernah try lagi tapi pernah lah tengok

norhidana said...

k YatiCH- aah senang kak, ala gaya2 mcm kita msk nasi goreng gitu jgk cuma kene lebihkan sikit bumbu nya

k Aryan Azra- aah gaya nya gitu kak, klu teringin blh la cuba kak

AzianKhalil said...

Alahai...sedapnya lontong goreng ala dana tu...hahahaha.... nanti buatkan ya...

hasliynda umairah beauty said...

nanti nak cuba jgk lah

ShirVen said...

1st time dgr resepi nasi himpit goreng tu, eh tgk je mesti sedap tu, trus beroncong perut, lapar 😉😉😉
Nnt ada peluang nak try masak

Warisan Petani said...

Sambel kecup tu sentiasa ada stok dalam esbok

I am LZ said...

Tak penah cuba buat lagi Dana, nanti nak try sebab nampak sedap..
Thank you for sharing..

mamapp said...

Alahai sedapnya.. ma.pandai makan je lontong Goreng masak x penah lagi. Boleh Lah try nanti

norhidana said...

AzianKhalil- boleh nk btkan, yan kene dtg kl dulu tau

Hasliynda- cuba jgn tak cuba tau

ShirVen- kalau di semenanjung belah johor ngn melaka je yg biasa bt, apa lg nnti cuba tau

wak WP- betul wak, rasa tak lengkap klu takde sambal kicap tu kn

IamLZ- cuba kak, mana tau kene ngn selera

k Mamapp- cuba lah kak, mana tau kene ngn selera, hehehhe

adianiez AIDA said...

sedap nyer kicap cili tu.
abis da stok dlm peti ais aida.
ada sup. wajib makan dgn kicap cili gini ekk :)
terangkat!!!

NanyFadhly said...

Akak selalu jer dengar and tengok pic org post nasi impit goreng ni. Tapikan..smpi skrang belum pernah try lagi. InshALLAH..one day, kalau kerajinan tuh mendatang. Akak nak try la buat...btw, perencah nasi goreng adabi tuh sedap kan? akak pun kadang2 suka gak guna. Heheh...

Suria Amanda said...

Akak tak pernah rasa lagi...nanti nak cuba la..