teman2....

Tuesday, August 8, 2017

Resepi Ketam masak lemak putih

as salam semua kwn2,

salam selasa kwn2, smlm tak jd odit msti arini odit dalaman tuh, bosan2...

Aritu ada kwn di fb tayang gambar ketam msk lemak putih nih, aku pun teringin nk try.... sebenarnya mmg tiap kali dia msk ketam dia msk lmk putih gini, aku pun mintak resepi... mudah sgt rupanya... jd apa slhnya cuba resepi baru kan.

Bahan-bahan:

3 ekor ketam di belah dua dan siang
3 biji bwg merah kecil - di mayang halus
3 -4 ulas bwg putih - di mayang halus
1/2 inci halia- mayang halus
5 biji cili bangla merah - potong dua serong
1 helai daun kunyit - potong besar
1 kotak santan
 3 cawan air

Cara masak:

- Masukkan semua bahan2 dalam periuk dan masukkan air 1 cawan
- bila mendidih sedikit masukkan ketam n sedikit santan, tambah kan 2 cawan air biarkan dlm 10 minit
- perasakan dengan garam dan boleh matikan api
- siap di hidangkan, paling sesuai ada hidangan sambal sbb msk lemak ni mmg tak pds

Selamat mencuba... senang je kan

gini lah rupenya.... semerbak harum daun kunyit tu tau

ni cadangan hidangan, sambal belacan penambah rasa mkn ngn ulam sekali


19 comments:

Amanda Suria said...

Okey nanti akak nak cuba la...lama x makan ketam..susah dapat yang betul2 fresh

Kakcik Nur said...

Ketam...satu lagi lauk yang rasanya hanya sesuai untuk diratah sahaja. :)

shalimar yusof said...

jarang beli ketam..tp memang suka ketam.,.

mamapp said...

Alahai sedapnya makan dgn sambal. Belacan lagi

Zaleha Abdul Salam said...

1st time nampak masak lemak putih ni. Selalu ketam saya & mak masak lemak kuning tu.
tp tgk regu ngan sambal tu mesti mabeles..


Ada sesiapa yang ada risiko anemia ketika hamil? Vitamin Tingkatkan Hb ini boleh membantu ikhtiar anda

Sanisah Sabu said...

sedapnya tengok dekat-dekat nak tengahari ni =)

aryan azra said...

sedap ketam nih, lainkali boleh akak cuba resepi ni pulak biasa buat masak lemak kuning je, haaa kena pulak dengan sambal fuhh terangkat tu

norhidana miswan said...

k Amanda Suria- cuba kak, bg dana sedap jgk... lain dr selalu

kakcik Nur- btl tu kakcik sbb tu membelinya pun sesekali je

Shalimar- akak pun jarang2 beli, tp kadang dh laki akak beli kite msk jelah

Mamap- heheh itulah sbb dia tak pds kene lwnkn ngn yg pds

Zaleha- tulah sya pun 1sti time msk lemak putih gini

Sanisah- heheheh nmpaknya kene cari lauk ketam tgri nih

Mimi Azirah said...

Sedap ni..boleh try

Cik Rose said...

Aduh duh nampak sedap. Tak pernah cuba masak putih macam ni.. Terima kasih kak kongsi resepi.

Ainniah Zulkefli said...

sedapnya ketam. nak buat pun senang sangat resepi ni. (tiba2 teringin ketam. adududu)

Kamsiah Yusoff said...

ni pertama kali tgk masak lemak mcm ni
biasa ketam akak masak kari atau lemak cili padi ja..

Adam said...

Saya tak masak sebab kat rumah saya periuk pun tak ada tapi bila norhidana tulis saya baca. Lepas baca saya nak tanya. Apa tu cili bangla merah? Saya memang tak tau. Ada ke maksud dia cili merah tu orang bangla yang jual? Atau orang bangla yang pakai baju merah yang jual cilli?

norhidana miswan said...

k Aryan Azra- boleh kak, pasni tryla tukar menu baru kan

Mimi-insyallah mmg sdp mimi, trylah

Cik Rose- akak pun baru 1st time, eh sdp jgk gtu

Ainniah- btl, pakai hiris campak2 je

k Kamsiah- sama lah kak, dana pun tp sesekali cuba resepi baru ok jgk

en Adam- hahahaha cili api tu warna merah n di tulis di plastiknya from bangla gitu....

Siqah Hussin said...

Pertama kali nampak masak camni. Menarik juga. Hee. siqah tak minat makan ketam sebab malas nya nak ambil isi. Hee

hainom OKje said...

Faveret anak hakak ni Dana. Hakak kalau masak ketam mmg tak makan sangat. Bukan tak suka tapi malas....isi dahlah tak banyak mana, nak kena gigit gigit lagi.

Kalau hakak suka goreng basah berempah.

Norhayati Mohd Isa said...

Tak pernah pulak akak masak lemak putih ketam..
Selalu akak masak gulai atau sup..

Mar Mansor said...

belum pernah masak lemak putih ketam..biasa mesti kuning..lemak cili api gitu
JanjiKita

lokman amirul said...

Sedap nampak masakan ni.