teman2....

Tuesday, January 17, 2017

Kudapan org kampung

as salam semua kwn2,

salam selasa semua

Korang penah mkn tak kudapan org kampung yg aku tunjuk nih?

Kalau tak penah jumpa kene try nih.... sedap tau, walaupun simple sgt2

nk msk nya pun mudah,

Cara buat n masak:

-bersihkan ubi kayu ngn keladi tuh, buang kulitnya
- potong kecil2 dan cuci
- tumbuk bwg putih + garam+ kunyit dan gaulkan ngn ubi n keladi
- goreng hingga garing
- makan cicah ngn sambal 


ubi kayu n keladi goreng kunyit... mmg layan

14 comments:

Kamsiah Yusoff said...

sedap ..walaupun dinamakan kudapan org kampung..

Kakcik Nur said...

Kakcik asal dari kampung, memang biasa dengan kudapan cara kampung... :)

Acik Erna said...

Acik biasa buat ni Dana..kalau ada ubi kayu..ni la menunya mkn panas2 sedap ya amat

Cik Itah said...

sedap ni..suka makan

Nurfilzahnurfya said...

mak saya selalu buat sarapan pagi. hehehe sedap kot cicah sambal kicap

Mommy Cici said...

tak pernah makan. tapi macam sedap. susah nak jumpa ubi ubi kat sini. kena pergi pasar besar baru jumpa kot

wahida said...

feveret aku ni dana oiii...lama dah tak makan...huwaaaaaa

Kakzakie Purvit said...

Bukan aje kudapan ni Dana
Kadang buat sarapan pagi pun juga
Cecah dgn sambal kicap sedap:)

Inani Hazwani said...

Sedaaap!

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedapnya. Boleh nak cuba sekali buat macam ni.

Jobdirumah Buat Duit said...

Ringkas cara buat dia. Nampak sedap.

Jueliza Jamani said...

Dah lama sangat tak makan macam ni.. sini nak cari ubi kayu keladi kena pergi cari kat tesco.. hahaha duk bandar nak cari kat hutan takder. hahahah

Warisan Petani said...

kena makan panas2 lepas goreng.
cicah sambal kicap.

hainom OKje said...

Suka jugak makan gini Dana tap tulah malas nak kopek haha..... Satu lagi nanti kita yg kena makan sorang sorang sampai habis huhu