Thursday, September 24, 2020

PHOTO DIARY #28/2020

 Assalamualaikum semua,

Selamat hari khamis semua kawan-kawan, semangat buat entry hari ini. Awal pagi tadi agak kelam kabut ke sana sini . Photo diary aku memang tak sah kalau takde gambar makanan ye. Kalau nak jenguk sila pastikan anda dah kenyang tau.

Jom kita layan cerita bergambar ya

maktek tolong petikkan, dapatlah `70` biji mulberi heheheh

ini lah rupanya bila kita zoom in... 

beberapa minggu lepas Edy ada semai anak cili bangla, masa ni sebelum di pindahkan ke pasu besar

pokok ubi kerinting nan 3 pokok

ambil daunnya nak rebus makan dengan sambal tomato

alhamdulillah sihat pokok bunga ros masih lagi sihat, tapi ros jepun pulak dah kurus nak kene tukar tanah dan pasu
nak mencuba tanam pokok nenas, harapnya hidup lah... ambil jambul nenas md2


beli laksa asam nyonya dengan kawan pejabat... dia punya pudina sampai 3 batang

kuah mantap pekat melekat... masam lemak gitu 

ahad lepas pindahkan anak cili

semalam ada jamuan perpisahan pakcik kat pejabat ini nak pencen paksa 60 tahun, Tn Hj Hanisab

dia yang belanja untuk jamuan perpisahan itu.... nasi ambil sikit je tapi penuh dengan lauk

siap belanja aiskrim ini lagi... 

29 comments:

  1. segar mata tgok pokok2 segar menghijau..

    ReplyDelete
  2. syoknya tengok tanaman dana. semuanya menjadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal-awal dulu ada jugak tak menjadi, ini pun ada jugak tak menjadi heheheh , nasib2

      Delete
  3. Kat belah daun pandan tu kalau susun bata tutup situ lawa tu Dana.Tak la rumput tu tumbuh. tutup dengan papan pun ok.kalau tidak jenuh nak mencabut rumput.lagi2 musim hujan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo menarik jugak tu kak, memang penat, kita tabur baja bagi pokok rumput lak yang tumbuh tinggi

      Delete
  4. Harap hidup pokok nanas itu.
    Banyak jenis lauk-pauk.

    ReplyDelete
  5. Laksa daun pudina 3 batang tu nampak sedap sangat dengan kuah pekatnya!
    Samalah dengan saya, kalau ambil nasi sikit tapi lauk penuh keliling pinggan hahahahaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, pudina tu buat lagi sedap laksanya

      Delete
  6. Suka tengok pokok2 yang boleh makan macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab utama tanam pokok tepi umah ni memang untuk mudah kan bila nak masak hehehe

      Delete
  7. comelnya kebun Dana :) mulberry pii buat jus sedappp :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe gitulah ka orang takde tanah, umah tingkat-tingkat kan

      Delete
  8. bangun pagi tgk pokok2 mmg menyegarkan dan menaikkan mood... cantik pokok2 nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah betul tu, tapi kadang pergi kerja masa masih gelap dapat jenguk lebih kurang je pokok nya

      Delete
  9. Salam bertani
    Tapi tak bestlah takde gambar Aiyyan

    ReplyDelete
  10. lps ni mudah la masak sbb sayur n herba ada ditanam dpn umah. tahniah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu cikgu, setakat ini daun pandan, bayam brazil dengan beberapa ulam memang petik je tepi tu

      Delete
  11. Memang menenagkan tgk tumbuhan hijau

    ReplyDelete
  12. rasa apa buah mulberi tu dana? sedap x?
    segar2 tumbuhan dana..elok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg hitam tu manis yg merah masam... buah jem sedap

      Delete
  13. alhamdulilah menjadi juga tanaman termasuk mulberry tu ek 😃
    arrrhhhhgg!! kecur liur tgk asam laksa tu, sedap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tulah tak dapat selebat lg macam mak aku punya tanaman

      Delete
  14. rose jepun tanam kat tanah terus tu lagi cantik kak. jimat beli tanah dan pasu. pernah tanam nenas. dah setahun lebih hidup tapi tak berbuah lah. katanya nak berbuah pun ambil masa 1-2 tahun. Tokey kedai tu katalah. Tapi dah cabut dah pokok tu sebab nak tanam serai pulak. nak tunggu nanas lambat pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanah akak tu jenis keras dik, tak berapa sesuai nk tanam rose jepun... huhuhu tanah ada pun seciput

      Delete
  15. Buah mulberry tu bestnya..
    meriah dengan gambar ye dana..
    Selamat bersara buat staf tersebut..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...