Assalamualaikum semua,
Bertemu kita di hari jumaat yang penuh rahmat. Awal pagi tadi hujan turun secara tiba-tiba agak kelam kabut jugak lah . Tapi alhamdulillah semua ok, selamat sampai ke sekolah dah si hero tu.
Aku kan suka layan rancangan masakan korea, terutamanya rancangan `Mothers touch korean side dishes`. Bila dah tengok tu mana resepi yang mudah aku cuba jugak lah. Lepas tu selalu tengok mereka suka rendam ayam, udang, sotong dengan susu sebelum goreng dengan tepung. Hari tu aku dah cuba sekali, memang rasa lain, dia ada rasa moist di dalam dan ranggup di luar yang best. Kawan-kawan kene cuba lah kalau nak tahu macamne rasanya.
Bahan-bahan:
1 bahagian dada ayam - potong sedang
2 cawan susu full cream
2-3 cawan tepung bestari - boleh guna apa-apa jenama tepung serbaguna
2-3 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 biji telur
Cara masak:
- Rendamkan ayam dengan susu, serbuk lada hitam dan sedikit serbuk cili, rendamkan untuk 30minit atau lebih, lagi lama lagi bagus
- Selepas 30 minit toskan ayam, masukkan telur gaul rata. Masukkan pula tepung dan serbuk cili gaulkan lagi hingga bersalut semua ayam dengan tepung.
- Biarkan untuk 10 minit, lepas tu gorengkan ayam dengan api sedang.
- Bila dah tukar warna keemasan, bolehla diangkat dan hidangkan ayam kita.
*aku tak gunakan garam sebab tepung bestari tu memang dah ada rempah dan rasa masin
ini bahan utamanya ya |
rendamkan ayam dengan susu ya |
gaulkan dengan telur hingga sebati |
tepung dan serbuk cili |
gaulkan hingga sebati dan bersalut tepung, jangan lupa rehatkan sebentar |
gorengkan dengan api sedang, hingga masak sepenuhnya |
hingga warna keemasan coklat gini angkat lah ye |
ratah gitu je pun sedap, makan dengan mayonis dan lemon pun best |
khas untuk wak Warisan petani yang rindu dengan Aiyan hehehhe... dia punya manja, makan selalu memang mintak mama yang suapkan |
seronok aiyan ya, acik pun seronok nengok ni aiyan, nak buat jugaklah hehehe
ReplyDeleteheheheh buat tau nanti
DeleteRendam ayam dengan susu tentu hasil gorengannya isi ayam macam berjus kan Dana?
ReplyDeleteMacam sedap pulak. Boleh try ni. Tq for sharing.
aah kak, rasa moist dia lain... kene cuba nanti ni kak
Deleteassalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeletemacam mudah je resepi ni.. boleh cuba-cuba nanti. nampak sedap.. aiyan pun dah ternganga tu..tak sabar nak cuba..hehe..
wsalam ustaz, aah mudah je cara nak buatnya ustaz... nanti cubalah ye
Deletesedapnyaa tengok ayam gorenggg!
ReplyDeletesedap, all time fanourite menu ini kat rumah
Deleteanak2 dan ayam goreng bagaikan isi dgn kuku..
ReplyDeleteheheheh betul tu kak
Deletesedapnya ayam..boleh rendam dgn susu ya! ilmu baru ni :)
ReplyDeleteboleh cuba nanti yek, sotong, udang pun boleh
DeleteHuntunglah Aiyyan makan bersuap.
ReplyDeleteWak macam tak pernah lagi makan ayam goreng rendam susu.
Tentu sedap agaknya.
nanti suruh mem tolong buatkan wak...
DeleteMacam menarik je untuk dicuba ni.. ada kesempatan nanti cik tk buat.. teringin gak nak tahu mcm mn rasa dia
ReplyDeletecuba tau, lepastu nanti boleh tahu apa bezanya
Deletesimple dan senang tuk dicuba ni. nnt aku nak buat juga. hehehe.. selera kita berdua lebih kurang sama ni Dana. apa kau masak mmg sedap2 belaka kat aku 😍🥰😘
ReplyDeletehehehe betul tuh, ko kan peminat tegar ayam
DeleteWah..tips baru ni Dana. Menarik utk dicuba.
ReplyDeletecuba kak, memang rasa lain dari ayam goreng biasa
Deletewow cara baru ni mesti sedap tu
ReplyDeletesedap kak... alhamdulillah
DeleteWaa sedapnya nampak ayam tu.. hehe..
ReplyDeleteratah gitu je pun best
Deleteitulah suka tengok cara dia masak ringkas je, yang paling best chef-chef pun berguru dengan dia...
ReplyDeleteKena cari susu full cream. Hehe selalu beli ada perisa.
ReplyDeletehehehe cuba nanti kak, kalau pakai perisa coklat dah lari lak rasa ayam tu heheheh
DeleteMacam menarik dan macam sedap je tu. Bolehlah cuba nanti. Tq share kak dana :)
ReplyDeletebiasa mmg guna kesemua bahan yg dana letak kecuali susu..pasni nak try letak susu plak. kita tgk amacam
ReplyDeleteSedapnya..mesti daging dia lembut DN lemak kan
ReplyDeleteMenarik pula tengok Dana rendam ayam tu dalam susu.. Nak cuba juga nanti.. hehehe
ReplyDelete