Monday, September 21, 2020

SARAPAN PAGI INI

Assalamualaikum semua,

Bertemu semula kita di hari isnin yang indah dan sejuk. Musim hujan dah bermula dah, hampir setiap malam hingga ke pagi hujan sejuk je. Bahagia je pokok-pokok tepi rumah.

Pagi ini kawan ajak sarapan di cafe JUPEM, dah lama sangat tak ke sana dengan kawan-kawan pejabat. Sekarang dah ada jual roti canai kat sana, lagi lah meriah. Pagi ini pesan roti telur bawang, sedap roti, lembut dan kuah pun sedap. Orang melayu yang buat bukan roti mamak. Lepas tu pesan pulak air kopi ais kat cafe tu, dia punya kopi ais tu memang pekat melekat. Aku kene beli bungkus kalau minum situ memang terasa manis sangat kalau bungkus boleh minum sampai ke tengahari. Kalau bungkus cuma RM2 je. 

Kawan-kawan sarapan apa pagi ini?

roti telur bawang garing

ini aku dah minum suku, pun masih banyak lagi... 

ini dah mintak kurang manis pun terasa pekat melekat

 

26 comments:

  1. Minum milo panas2 dgn roti telur bestnya.berkeroncong perut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap milo panas tu... lawankan lak roti telur panas jugak

      Delete
  2. Kena tunggu ais cari baru kurang manis kut.
    Susah hendak cari roti canai dan kuah sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehe aah sebab tu minta untuk bungkus... kalau minum kat situ je pekat sangat

      Delete
  3. bestnya sarapan..
    sy brunch terus.. mkn ns putih lauk telo.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezy buat IF kan sebab tu bruch, akak kalau tak sarapan tak boleh makan ubat lak.... hehehe

      Delete
  4. SARAPAN ROTI TELUR KENYANG SEKERAT HARI

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk tengahari kita makan laksa lak kak heheheh...

      Delete
  5. Sedap sarapan Dana. Roti canai tu memang menggoda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kak, selalunya dana makan kuih seketul sebelum makan ubat...

      Delete
  6. Iyee dah mula nak masuk tengkujuh ni, ni pun tengah hujan sini ni...sejuk ajo, perut pun naik lapor manjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini selalu tgri panas berdeting kak, lewat petang baru mendung malam atau awal pagi hujan.... pagi sejuk je tapi hujung minggu kadang tak menentu cuacanya

      Delete
  7. pagi tadi sarapan bihun goreng kat warung kampung je...kat area Pekan nanas ni...
    memang sejuk hari ni...hujan gerimis on off

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sekarang asal mlm mesti hujan kan, sini kadang lewat petang hujan jugak

      Delete
  8. Selamat menjamu selera.. minum kopi panas pagi ni ha.. :D

    ReplyDelete
  9. Roti telur bawang garing tu nampak sedap! Kami sarapan mee hoon goreng.

    ReplyDelete
  10. sedapnya roti canai yg garing mcm ni

    ReplyDelete
  11. ammi macam biasalah..pagi tak sarapan. minum nescafe O tanpa gula je. dalam pukul 12 kang baru makan

    ReplyDelete
  12. Hari ni lepas hantar anak2 sekolah, hubby tapau mee goreng Tawau Tauhu.

    ReplyDelete
  13. okay..mlm ni juga shida nk mkn roti canai..terliur dana ooi ^_^

    ReplyDelete
  14. Suka makan roti canai melayu buat sebab bukan sejenis suka makan kedai mamak. Sedap tu kak kopi ais kaw. Pagi ni sarapan roti dan kaya je dengan old town white coffee hazelnut :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...