Thursday, September 10, 2020

PHOTO DIARY #26/2020

Assalamualaikum semua,

Bertemu kita semula di hari khamis yang indah dan sejuk, sebab malam tadi hujan renyai. Harapnya segarla pokok-pokok tanaman aku tu.

Jom kita layan cerita bergambar kawan-kawan ye. Geram tul aku dengan blogger nih, asik la dia tukar jadi yang baru lagi, payah nak ngedit.


masa takde air haritu tong hitam ini jelah jadi benda paling penting, ada 5 tong kat rumah bolehla bertahan untuk 2 hari, lepas tu Edy kene topup lah
pergi banyak kedai semua habis air mineral, dapat sebekas ini je bolehla buat minum air


butang superhero pulak, ramai jugak yang berkenan untuk anak lelaki

beli roti viral ini dengan kawan di jupem, kali ini baru betul beli yang sedap dan lembut gebus

ini baru betul dalamnya lembut sangat, banyak pulak inti nya harga pun murah rm3 je

beli dengan kawan di jupem ini, laksa rm4 sedap cukup rasa semuanya

petang kelmarin, balik rumah nampak mendung ... semalam pun hujan, syukur tak payah siram pokok

selasa hari itu, tengok pokok kesum aku dah kering gini... harapnya janganla mati... semalam lak hujan tak sempat nak cuba pangkas dan tanam kat lain 

ini cik bu, dia suka duduk kat tempat isi air ni... dia rasa dia comel hehehe

ini cik mot, dia suka kacau bila aku sampai rumah... bukak pintu je laju dia masuk rumah... 
walaupun dia adik beradik dengan cik bu tapi dia memang takde gen kucing siam, sebab takde ciri-ciri emaknya di situ hehehhe


petang tu tengok manalah budak kucing, sebab sebelum itu nampak lah dia berlari-lari main kat depan tv... masa nak pegi dapur baru nampak ada 3 ekor tidur tepi peti ais... 

ibu dia potong rambut belah depan tu... sebab dah panjang kerinting lak tu asyik masuk dalam mata je


ini gambar semalam cikgu wassap, kira ok lah Aiyan sorang buat gaya gitu hehehe... ini untuk tahun 3 je, tahun 3 ada 2 kelas... ada murid lain yang tak turut serta mereka pakai uniform sekolah biasa

16 comments:

  1. Senang ada kawan-kawan Dana buat makanan sedap. Boleh terus beli.
    Menang tak Aiyan semalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kat opis ni memang macam-macam ada, dari makanan ringan, rempah, lauk, sayur semua ada sediakan duit je hehehe
      bila tanya kat AIyan dia kata, takde pun menang... hehehhe mungkin ramai lagi kelas lain yang lagi cantik

      Delete
  2. comey2 kucing dana penghibur hati tu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hehehhe.... betul tuh, sebab tu letak last sekali

      Delete
  4. Tengahari semalam time nak keluar lunch kat Seremban 2 pun hujan tapi sekejap aje dalam 15 minit lepas tu panas semula.

    Alahai! geramnya tengok anak-anak bulus tu.

    Gaya Ayyan paling menyerlah siap dengan selempang bendera gitttewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini tgri panas macam apa kak, petang selalu mendung, kadang hujan kadang tak...

      itulah anak bulus tu tengah melasak, kadang geram je kejenya buat sepah...
      itulah nasibla ok Aiyan nampak la menyerlah dari yg lain

      Delete
  5. Mujur ada tong besar buat simpan air. Sekarang pun dah musim hujan. Syukur.
    Belum rasa lagi roti viral tu. Berbaloi beli kalau kena dengan rasa dia.
    banyak dah kucing akak ni. Semua comel comel tengok

    ReplyDelete
  6. kalau duduk belah2 sana memang tiap rumah wajib ada tong air hitam ni.Kena beli lagi tu dana. tambah stok. Isi air yang bertapis dia tahan lama sikit. tak berbau airnya. kalau air yang tak bertapis ni masuk seminggu dah berbau.

    ReplyDelete
  7. Pokok kesum tu kalau letak air banyak2, insya Allah boleh ok balik. Sebab baru je kering.

    Suka gambar last tu...ada cerita.

    ReplyDelete
  8. Kalau photo diari ni wak cari gambar aiyyan aje
    Nasib baik ada

    ReplyDelete
  9. my attention goes to the cat. comelllllllll

    ReplyDelete
  10. Roti viral tu korean garlic bread ke?
    Saya banyak kali beli sebab suka makan. Agaknya dah hari-hari beli, dah puas makan, sekarang dah tak beli lagi ... ahaks! Di LD 3 ketul RM10.

    ReplyDelete
  11. Allah tgk roti td..terus perut bunyi2 dana ooi ^_^

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...