Tuesday, September 15, 2020

BANJIR DI JUPEM DAN TASKA

Assalamualaikum semua,

Aku nak cerita dengan korang tentang kejadian banjir di taska pada 10hb atau minggu lepas. Tapak taska ini dulu adalah bekas kedai makan jupem bila kedai makan di tukar tempat ke bangunan lain, jadi di ubah kedai tu menjadi taska. Sebelum ini takdelah teruk kejadian banjirnya, tapi sejak banyak kerja pembinaan di sekitar JUPEM kejadian banjir tu semakin serius.

Khamis lepas hujan lebat dari pukul 2 lebih, memang jenis hujan yang lebat tak berhenti hingga jam 4 petang. Masa pukul 4 tu cikgu di taska dah beritahu kepada penjaga untuk ambil anak-anak awal sebab ruang depan dan bilik bayi dah di masuki air. Masa aku ambil Aiyan pukul 4.30, memang dah banjir teruk... cuma ruang dapur je yang selamat. Kesian lahai tengok anak-anak tu semua. Aduan dah dibuat kepada pihak JKR tapi masalah itu tetap berulang, kesian pada anak-anak taska. Selalunya bahagian belakang jupem dan taska memang akan naik air bila hujan lebat cuma tak la seteruk ini, lagilah ada 2 pembinaan sedang dilakukan di depan jupem.

kesian tengok semua anak-anak ini... si Aiyan paling besar kat sini

banjir ruang depan, ini biasa ruang bermain 

ruang dalam bilik anak-anak.... paras buku lali orang dewasa

masa ini ruang depan lobi sebelum ke taska... sini je dah paras betis aku

bangunan ini pun dah tak nampak... dek kerana kabus hujan yang tak berhenti... masa balik tu pun masih hujan lagi... 

 

34 comments:

  1. kebetolan masa kol 4 petang wak dh kuar dari opis awal .., huhuhu balik awal mcm biasa mmg sangkut la smpi ke malam.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah wak, tengah bandar lagi lah banjir kilat kan

      Delete
  2. Allahu kesian je tengok anak-anak cilik tu.
    Mereka pun pelik agaknya.
    Teringat dahulu kala (time kerja KL) Mrs.A pun ada pengalaman kejadian banjir besar kat area office komplek Munsyi Abdullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak oi, area bandar ni kalau hujan lebat sampai 2 ke 3 jam compom lah banjir kilat

      Delete
  3. Assalamualaikum
    Allahu..kesian tengok budak-budak tu..mungkin la sebab pembinaan tu kot.. ada saliran yang tersumbat.. apa pun moga semuanya selamat. teringat banjir zaman budak-budak dulu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ustaz, itulah sana sini ada pembinaan... itu ada yang tersumbat longkang besar... memang azab bila hujan berpanjangan di sini

      Delete
  4. Kesian budak2. terpaksa duduk dapur.

    Tu dalam ramai2 tu mesti ada yang teringin nak mandi swimming poll tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diaorang seronok nak main air, tapi tak boleh bahaya

      Delete
  5. takutnya kalau naik air camni..kot2lah lipan ke ular ke masuk dlm taska. ehhhhh over tau ammi ni pikir

    ReplyDelete
  6. Alahai siannya kat anak-anak. moga cepatlah siap projek pembinaan di sekitar taska Aiyan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertahun la nak siap pembinaan sekitar jupem ni

      Delete
  7. alamak, kesian anak2..ke diorang gembira je dapat main air banjir..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh tak, kang payah nak jaga kalau bagi diaorang main air

      Delete
    2. Seram tengok paras air. Budak itu kecil dan rendah, dibuatnya pergi main. Bahaya juga.

      Delete
    3. sebab tu lah semua kene ke bahagian dapur... keselamatan anak2 paling utama

      Delete
  8. kesian anak2 taska moga masalah ini diberi perhatian pihak berwajib

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, dah biasa terjadi tapi takde tindakan jugak

      Delete
  9. kesiannya, tak boleh dibiarkan, bahaya! ish diorang ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... memang bahaya kalau di biarkan main air

      Delete
  10. Kalau dibiarkan budak2 tu berkubang mesti semua tak mau balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh kak, bahaya kang susah cikgu-cikgu nak pantau

      Delete
  11. musim-musim macam ni memang kesian lah dekat budak 2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu... kesian jugak pada cikgu kene mengemas lepas banjir

      Delete
  12. kalau lah budak2 tu disuruh main air, memang seronok dorang 🤣
    kesian juga tempat bebudak tu banjir camtu, pihak yg berkenaan shud do
    something secepat mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak kali surat di beri apa semua tapi takde pun ada-apa tindakan lanjut dibuat...

      Delete
  13. Sebelum tu beberapa hari takde air,
    Ni air melimpah ruah pulak.

    ReplyDelete
  14. kesiannya dana..tgk ank2 semua ke dapur..dah kecil2 lg semua..huhuu..kesian dorg..
    rasanya kena buat report kebhgian pihak bkuasa kawasan ni..xboleh biar..susah pgusaha taska..setiap kali hujan pnjg terpaksa kelam kabut mcm ni..dgn ank kecil lg..

    ReplyDelete
  15. penat mau brshkan nnt. sama dgn tmpt sy. itw balik uma, mesti banjir

    ReplyDelete
  16. Alahai... kesiannya! Kesian cikgu-cikgu, mesti kelam kabut tu urus banyak budak-budak kecil!

    ReplyDelete
  17. kesiannya... mesti kalut juga nak jaga budak-budak waktu banjir tu kan... lepas tu nanti penat juga tu nak bersihkan balik kawasan yang kena banjir

    ReplyDelete
  18. kesian kat kanak-kanak tu kan kak. hope pihak berkenaan buat sesuatu utk elak hal ini berlaku lagi. sejak menjak hujan makin kerap turun hingga banjir kilat.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...