Assalamualaikum semua,
Bertemu lagi kita di hari jumaat yang indah ini. Seperti biasa, segmen berkongsi resepi mudah lagi sedap dengan kawan-kawan. Cuma kali ini aku guna paste yang dah siap bukan yang buat dari awal hehehhe.
Bahan-bahan:
600 - 800g udang ( bersihkan dan gaul dengan tepung bestari)
4 -5 ulas bawang putih, hancurkan
8 biji cili api, potong bulat
2 tangkai daun kari
3 sudu besar mentega
5 sudu besar susu cair ( kalau tak nak bagi pun boleh)
1 paket salted egg paste ( boleh guna apa-apa jenama)
Cara masak:
- Gorengkan udang separuh masak dan angkat
- Cairkan mentega, masukkan bawang putih, cili api dan daun kari, tumis hingga harum dan sedikit warna keemasan.
- Masukkan paste dan susu cair, masukkan udang dan kacau rata
- Masakkan hingga menyalut semua udang dengan rata dan boleh matikan api. Siap
aku cuma potong je bahagian kepala dan sesunggut udang tu |
kalau ada cili api yang merah lagi sedap |
goreng udang ni jangan sampai garing sangat |
aku pakai paste ini... pakai paste lain pun boleh banyak dah ada sekarang kan |
masa tumis ni bau dia punyala semerbak harum |
masukkan paste dia pulak lagi lah aroma dia... sepatutnya aku pakai separuh je paste ni heheheh |
gaul rata semua yek... geram nengok teringat rasa nak buat lagi |
dah siap.... mengancam dan terancam nengoknya |
Menyelerakan..memang mengancam
ReplyDeleteTapi tak boleh makan selalu
Deleteelok le tu masuk habis paste tu..boleh beli yg lain pulak. kalau guna 1/2 sian company tu nak kene tunggu lama utk dana beli lagi 1 hahahah..
ReplyDeleteHhahahhah.... sila perkiraan kalau tak boh separuh pun dah ok
DeleteAda paste rupanya.
ReplyDeleteRasanya sekarang banyak dah ada jual paste dan serbuk
DeleteSedapnye kak, saya pun kan baru buat jugak butter salted egg ni. Fuhhhh.
ReplyDeleteTapi guna paste nampaknya lagi berkuah, laaagi syok ni. Nanti nak try carik jugak.
Ini akak terboh sepeket banyak sangat hehehhhe
DeleteLaaa ada paste rupanya salted egg ni. Lagi senang. Rasa dia sedap macam tak guna paste tak?
ReplyDeleteAda, sekarang dah banyak jenis rasanya... bagi akak lebih kurang macam yg buat sendiri
DeleteSedapnya.. Kalau jumpa pes ini boleh buat juga..
ReplyDeleteNanti kalau jumpa boleh cuba ye
Deleteayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
ReplyDeleteWA : +85587781483
sedap sungguh ni kak.. feveret saya juga kalau udang-udang ni. cuma tak pernah masak sendiri lagi udang butter. nanti bolehlah try buat, ikut resepi akak ni.
ReplyDeleteHeheheh akak pun suka udang, ini kira pertama kali akak cuba dengan paste boleh tahan
Deleteselalu tgok resepi ni di blog tp blom pernah cuba. mula2 ingat kena masukkan telur masin ori rupa2nya cuma guna pes aje...
ReplyDeleteKalau ada telur masin yang ori boleh juga, cuma tulah nak kene guna banyak biji telur masin
Deletesedap nampak gayanya tu
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap kak
DeleteKita pun suka pakai tepung bistari ni...goreng tempe pun celup tepung bistari...
ReplyDeleteCepat dan mudah tak perlu garam dan rempah lain
DeleteNampak sedap dan menyelerakan
ReplyDeleteAlhamdulillah...sedap tak rugi cuba
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteoo ada paste salted egg ek? baru tau.. ingatkan salted egg ada serbuk je
ReplyDeleteMula2 serbuk sekarang dah makin advance ada paste lak
Deleteboleh try ni!
ReplyDeleteYa boleh cuba nanti
Deletemacam sedap jer..tapi macam berlemak la pulak.
ReplyDeleteMemang berlemak dah guna mentega kan... hahahha
Deletesedap sangat tu baru tau ada paste telur masin
ReplyDeleteSedap kak cuma tak boleh buat selalu hehehhe
DeleteTulah ada kawan kata buat dengan ketam lak... nanti kalau ada kita cuba ketam lak
ReplyDeletetengok sambil telan air liuq! 😝😁😜😜😜
ReplyDeletesenang kan ada paste tersedia. aku aritu guna jenis yg serbuk pun ok. kalau dulu, sibuk duk masak telur masin pastu menghancurkannya. telur putih silap2 buang sebab takda yg nak mkn.
betul wei... dulu leceh sikit nk sediakan bila dah ada serbuk dan paste ni lagi senang kerja kan
DeleteSungguh...... menyelerakan 😂😂
ReplyDeleteheheheh itulah, dahla bau di semerbak dah
DeleteWaduh sedapnya... Besar gak.udang tu
ReplyDeletetulah orang nya beli besar kita on je hehehhe
DeleteOoo...ada paste pula sekarang.boleh la cari nanti...
ReplyDeleteaah sekarang dah senang.. kita try je heheheh semua
Deleteaaa sedapnya! Menggoda sangat kita yang tengok ni haaaa
ReplyDeletemenggoda dan tergoda
Deleteehm. ni teringin tapi nak beli paste tu tak sempat..nampak menyelerakan sangat ..haish dah la un memang suka udang tau.
ReplyDeletekalau jumpa memang kene grab paste tu UN sebab memang sedap
Deleteperghhh gabungan dua rasa yang padu!
ReplyDeleteSedap! Fiza guna brand adabi tu. baru cuba rasa tapi belum cuba untuk udang lagi. asyik ayam je. udang goreng rangup lagi lah sedap rasa dia
ReplyDeleteejulz kalau bab udang ni, bakar kosong mcm tu pun dah sedap. hehe
ReplyDelete
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^
Wahh sedapnyaaa kak Dana. Nani tak pernah try yang jenama ni, next time boleh lah beli.
ReplyDelete