Thursday, June 4, 2020

PHOTO DIARY #14/2020

Assalamualaikum semua,

Lama betul aku tak buat entry photo diary, almaklum buat entry pun asal boleh je bila WFH. Kita sambung segmen PD ini yek hari ini dan hingga seterusnya. Maaf ye kawan-kawan gambar memang campur-campur seperti biasa lah yek, cerita ada di gambar ye.

Mohla kita layan cerita dalam gambar.

rasa puas hati, semua bekas tupperware yang aku beli dapat digunakan dok buat isi kudapan untuk raya.. rasa berbaloi beli bekas besar

sehari sebelum raya paksu minta Edy potongkan rambut dia... ini rambut sebelum ya

sebelum, tengok rambut si aiyan dah macam rambut palsu bak kata makcik nya hahahah

rambut si aiyan ni jenis tebal, nampak la rambut dia tu

hair cutter tu order kat shoppe lama dah, tapi sampainya lagi 3 hari sebelum raya

terpaksa potong dekat belakang rumah nak potong kat tepi rumah hujan lebat la pulak
masa ini hujan lebat selebatnya, mama lak tengah sibuk masak rendang

rambut paksu selepas potong... nampakla kemas sikit

helok la sikit dari sebelum ini dah macam apa dah


rambut si aiyan... dah ok tak macam rambut palsu hehehhe 

belah tepi pulak... kemas la sikit dari sebelum ni

petang raya ke 2 pulak adik ipar mintak Edy tolong potongkan rambut... mesti dia tengok rambut paksu dan aiyan nampak cun tu dia pun suruh Edy potongkan
raya ke 3 tetamu datang beraya... siap tido lagi heheheh 
Edy dok lap semua kereta hot wheel si aiyan... sebab ecah suka main kereta

bilis tamban goreng ini, antara menu kesukaan si aiyan... kebetulan pulak tak masin dia suka buat lauk sebab ranggup

macamni lah gaya nya bila layan drama atau movie sama-sama waktu malam

29hb aritu, jumaat lepas kat pejabat aku ada buat jamuan cara potluck sikit... jamuan raya gaya PKP

42 comments:

  1. dh ensem dh aiyan lps potong rmbut.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tidak kita yang serabut tengok rambut dia

      Delete
  2. kalau tak potong camne laaa gamaknya ek...lepas ni kena sah skill memotong rambut..
    Sis pun baru mengorder lagi bekas tupperware hahahaha..geram nengok sale..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah rupa apa dah kak, bayangkan dah dekat 3 bulan tak potong dari sebelum pkp lagi... itulah terus tanya membe sale tupperware lg

      Delete
  3. kedai tutup, potong rambut kat rumah.lagi selamat kan..
    hensemmm aiyan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, nasibla sampai jugak hair cutter tu sebelum raya

      Delete
  4. hair cutter kat rumah ni dah tumpul pun..pakai kejap je, harga leh tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti dah biasa digunakan tu lah MY hhehehe

      Delete
  5. pak su sporting giler kak. klu ada adik macam ini best ini. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah dia memang gitu perangai adik bongsu bermanja dengan kakak sulungnya

      Delete
  6. Pandai suami Dana potong rambut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai hentam je tu kak... nasibla ok jugak rupanya bila dah siap potong heheheh

      Delete
  7. ABESla pasni mamak kedai gunting trus xyah bukak kedai lagi., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe idok la wak, ini mamak tak berapa pakar

      Delete
  8. Byk jugak koleksi hot wheel si bujang tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah banyak, asal ke pasaraya dok beli walaupun kecil...

      Delete
  9. Waaa lama tak jalan-jalan sini. PKP punya pasal semua barber tak boleh buka. Saya baru sagat kepala husband semalam kak. Habis dogol kepalanya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak suka suami dengan anak botak itu suruh potong sikit je bagi nipis hehehhe

      Delete
  10. Nak tunggu kedai gunting rambut.. lama lagi ye Dana.. pandai eddy gunting rambut.. dah boleh buat part time Tu..😁

    Dah Raya PKPB Dana.. depan TV je lah Kita Kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sembarang je tu potongnya kak, janji tak pelik sangat udah

      Delete
  11. Saya sendiri dah lama tak potong rambut haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kedai gunting dah bukak bolehla potong

      Delete
  12. MUJUR ADA TUKANG GUNTING DI RUMAH XLAH RAMBUT LEBAT AFRO LOOK MUSIM PKPB NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah tu pun tukang gunting bidan terjun kak oi

      Delete
  13. Berbakat suami Dana, elok sangat hasil potongannya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla kak, buat hilangkan serabut tengok rambut panjang... dia pun takut-takut mula tu nak potong

      Delete
  14. hensem dah dua-duanya potong rambut.
    ikan bilis tamban tu... lamanya tak jumpa...sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kalau tak rimas nengoknya rambut tu kak...

      Delete
  15. Terrorlah eddy potong rambut
    nampak kemas macam kat kedai aje.
    Wak pun dah 2 kali potong rambut masa PKP ni
    Pn is3 yang potong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la wak dari jadi tebal rambutnya biar nipis sikit...
      nasibla mem wak pun teror motong rambut

      Delete
  16. Ya Allah
    seronoknya ada orang gunting rambut
    rambut Hans dah menggerbang macam gegirl dah
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak boleh kene cuba jugak sebab nak raya masa tu rambut masing-masing macam apa dah

      Delete
  17. Mujur ada tukang gunting kat rumah. nak tunggu kedai bukak lambat lagi lah nak menunggu.

    ReplyDelete
  18. husband ri tu pun gunting rambut, tapi panggil kawan diorang datang guntingkan..da rimas dengan rambut panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kawan yg boleh potong rambut ok lah jugak, memang rimas lagi lah lelaki yang tka biasa rambut panjang

      Delete
  19. AYO Bergabung Bersama AJOQQ | Menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
    1 ID untuk 8 Permainan Poker, Domino, Capsa Susun, BandarQ, AduQ, Bandar Poker, Sakong, Bandar66 ( NEW GAME!! )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    - Bonus Cashback 0.3%. Dibagikan Setiap hari SENIN
    - Bonus referral 20% SELAMANYA
    - Minimal Deposit dan Withdraw hanya 15 rb Proses Aman & cepat
    - 100% murni Player vs Player ( NO ROBOT )
    Whatshapp : +855969190856
    website : AJOQQ.INFO

    ReplyDelete
  20. Banyak cerita dalam gambar ni 😀😀

    ReplyDelete
  21. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  22. IONQQ**COM
    agen terbesar dan terpercaya di indonesia
    segera daftar dan bergabung bersama kami.
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...