Wednesday, June 24, 2020

PISANG NIPAH DARI KAMPUNG

Assalamualaikum semua,

Kelmarin aku dapat bungkusan poslaju yang istimewa dari kampung johor. Abah poskan pisang nipah dari kampung buat anaknya di selangor ni. Sebelum ini pernah abah poslaju sukun dan labu tapi sebab ambil masa 3 -4 hari baru sampai jadi sukun tu busuk cuma labu je yang selamat. Jadi aku pesan dengan mak dan abah jangan pos lagi apa-apa yang seperti sukun sebab takut sampai lambat dan busuk sayang je.

Tapi rupanya 17hb abah poskan juga pisang nipah ni, dan masa tu dia pilih yang masih hijau lagi supaya kalau sampai lambat pun masih elok lagi. Bayangkan 6 hari baru sampai poslajunya yang konon laju, nasibla bila sampai pisangnya semua masih elok dan dah masak. Apa lagi pisang tu sampai dalam pukul 3 petang 22 hb, petang tu juga aku goreng dan ajak maktek datang rumah. 

Bila call mak kata pisang dah sampai dan kami semua tengah nikmati pisang goreng, suka lah mak. Petang tu memang layan lah 3 beradik tu makan pisang goreng, semalam petang pun aku goreng lagi pisangnya. Sedap, besar dan manis.

sampai je aku terus buka kotaknya... 

warna hitam tu kulitnya je tapi isi nya masih lagi ok
petang tu hasil gorengan, masa ni aku bancuh tepung beras dan tepung gandum
ranggup bila panas tapi bila sejuk jadi keras tepungnya

semalam goreng lagi, aku saja tambah bijan dalam tepung tu... bagi ada texture


aku suka goreng dengan tepung gandum je, rasa dia lagi best bila sejuk dan dipanaskan tepung dia masih ranggup





27 comments:

  1. fuhhhhh sedapnye pisang gorenggggg!!!
    puas hati mkn.. nk skit kak.. kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tulah, dahla buah datang dari jauh dapat terus goreng

      Delete
  2. Pisang skrg jd buah yg mahal gak. Sdgkan zaman dulu x abis nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di kampung masih lagi murah cikgu tapi bergantung juga pada musim, kalau musim nak raya pisang yang boleh buat kerepek mesti mahal

      Delete
  3. Banyak kali boleh goreng. Nasib baik elok kejadian pisang yang sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nasibla elok semua isi pisangnya, puasla makan pisang sampai 2-3hari

      Delete
  4. Sedapnyaaa pisang goreng. Huhuhu makan tengah poanas2 cicah sambal kicap.. Nikmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu memang cicah sambal kicap baru lah layan

      Delete
  5. terbayang pula kita limpahan cheese kat atas goreng pisanggg..aduh sedapnye hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak gemar yang makan dengan cheese, orang johor minat cicah sambal kicap je hehehe

      Delete
  6. ya Allah seronoknya kak...bahagia rasa dapat bungkusan dari kampung camni..

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa pisang goreng. Okay nampak sedap pulak bila letak bijan, next time boleh try.

    ReplyDelete
  8. sedapnya pisang nipah buat goreng pisang. kami last week balik tgnu bwk pisang nangka. sekejap je habis.ada je menu nya nak buat pe dengan pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. pisang nangka pun best goreng wangi je, buat pengat pun sedap

      Delete
  9. sedapnya pisang nipah ni digoreng r bubur,,rebus saja pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak nenek dengan atuk suka rebus pastu cicah kelapa parut

      Delete
  10. haaa..kalau pisang goreng taruh bijan mmg saya suka ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan... lepas ni makin cepatla bijan habis kat rumah

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...