Wednesday, June 3, 2020

RESEPI BUBUR AYAM NOXXA

Assalamualaikum semua,

Baru hari rabu dah kongsi pasal resepi, heheheh nak buat camne kan udah banyak pasal makanan dalam gallery hp aku tu. Bolehla korang buat menu untuk sarapan bubur ayam aku ni yek. Ini aku tunjuk cara masak dengan periuk noxxa, kalau guna pressure cooker lain pun sama lebih kurang kot caranya.

Bahan-bahan:

2 cawan beras ( cuci tak toskan)
18 - 20 cawan air
3 ulas bawang putih, hiris
5 biji bawang merah kecil, hiris
1 inci halia, hiris besar
1 pokok daun bawang
1 kiub ayam
1 mangkuk isi ayam
sedikit planta dan minyak untuk menumis
1 batang lobak potong dadu
garam secukupnya
1 sudu kecil  serbuk lada hitam kasar

Cara Masak:

- Hidupkan suis tekan fungsi stir fry dan tekan on, tumiskan bawang, halia dan daun bawang hingga wangi
- Masukkan ayam dan carrot,serbuk lada hitam, kiub ayam masak hingga ayam nampak separuh  masak masukkan beras dan air
- Matikan fungsi stir fry, tutupkan periuk dan tekan fungsi HP selama 30 minit dan tekan on.
- Bila dah lepas 30 minit biarkan periuk untuk 15 minit atau 20 minit baru buka penutup dan boleh tambah garam dan rasa. Siap


tumiskan bahan hingga naik bau... 

masukkan ayam dan carrot

beras dan air

aku suka letak banyak sebab suka ada kuah sikit 

selepas 30minit macam gini rupa bubur ayam ku

boh serbuk lada hitam ajishio ah sedapnya

39 comments:

  1. dulu bubur dak ozil pun ammi pakai noxxa. senang. tumis campak tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh, senang cepat puas hati tahap kelembutannya

      Delete
  2. viral sungguh ye resipi guna periuk2 ni sekarang. hehe. sedapnya bubur ayam akak nampak tu =)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya xyah beli bubur mcd dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, cuma tulah kalau boh minyak bijan mesti lg best dgn bawang grg

      Delete
  4. Tumpang semangkuk bubur tu...sedapnya!

    ReplyDelete
  5. Sama resepi kita hehe. Cuma Sha masak guna periuk biasa, so lama sikit masaknya. Tapi sedappppp puas makan bubur ayam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa akak masak kat rice cooker tapi sebab untuk sarapan nak siap cepat itu guna PC

      Delete
  6. sedapnyaaaaa kak! nk skitttt.. hehe

    ReplyDelete
  7. Dah ada pc ni memang senang nak masak bubur nasi, tinggal aje..tak risau air kurang, tak perlu mengacau.

    ReplyDelete
  8. kau masak apa pun sedap dana. buat aku teringin makan nasi bubur walau dah makan weh

    ReplyDelete
  9. Sesekali buat sedap kan dana.
    lagi2 lepas2 raya ni. ni yg laju masuk mulut.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. betul tu layan makan ni untuk berbuka... macam bubur lambuk tuh

      Delete
  11. Bila entah maq nak dapat periuk noxxa ni hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lah tu nanti tu maq... ada rezeki tak kemana

      Delete
  12. Senang buat bubur nasi pakai noxxa ni
    tak takut hangit atau hangus.

    ReplyDelete
  13. Haah..akak pun suka buat bubur ayam ni guna pressure cooker. Senang dan sedap.

    ReplyDelete
  14. Untung betul ada periuk noxxa. Cepat masak kaedahnya kan kak. Kalau manual ni jenuh nak menunggu jadi bubur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kalau manual lama sikit lah nak jadi bubur... kecuali kalau rajin untuk blend dulu berasnya

      Delete
  15. eee febret niii...besar2 pulak ayamnya tu..gerammm tengokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang malas gitu lah sunah, nak cepat je potong ayam hahahha

      Delete
  16. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...