Assalamualaikum semua,
Kami gerak balik ke Selangor semula pada pagi ahad, selalunya aku memang akan bangun awal pagi ahad tu. Pagi tu lepas setel buat sarapan, makan sarapan jalan-jalan depan rumah, tepi rumah tengok pokok-pokok mak. Tengok apa yang boleh di songlap untuk bawak balik heheheh.
Benda yang paling aku geram adalah pokok mulberi emak, geram betul tengok pokok mulberi emak yang lebat berbuah dan banyak sangat pucuk dia. Tak macam aku punya pangkas 1 keluar 1 pucuk je, emak punya pangkas 1 keluar banyak pucuk huhuhu
|
yang ini mak tanam tepi jalan depan rumah... siap kata sesiapa nak ambil buah nya ambil lah... banyak gila buahnya |
|
nampak pucuknya banyak baru tumbuh lepas mak pangkas |
|
masa ni masih banyak yang merah lagi, belum warna maroon atau hitam... kalau petik pun masam sangat |
|
ada 3 pokok yang mak tanam depan rumah... 2 pokok memang berbuah lebat... 1 pokok baru tanam |
|
nampak banyak pucuk keluar bila mak pangkas... geram betul nengok |
|
rasa macam nak bawak balik sepokok tanam kt rumah aku hidup tak gini heheheh |
|
betul-betul depan rumah tepi jalan je pokok mulberi emak ni |
|
ini pemandangan yang paling aku suka tengok bila balik kampung |
|
ini pokok utama, pokok mulberi pertama yang mak tanam... yang kat depan rumah tu dia berasal dari pokok ini lah |
|
macam bunga raya bunga nya tapi bukan bunga raya |
|
entah pokok apa entah |
|
cantik betul bunga kertas emak, bunga kertas aku entah tak menarik gini pun |
|
yang ini pun cantik je warnanya |
|
paksu yang dah balik kampung... |
|
mintak paksu cabutkan pokok serai... gemok-gemok pokok serai emak |
|
walaupun dah tak berapa subur pokok rose jepun emak, tapi tetap jugak aku songlap sebab ada banyak color |
|
cendawan kukur yang emak tanam sendiri... sedap nya tak terkata wei |
|
kulit lembu masak tumis pun sedap... aduhai layan betul |
|
sebelum balik semula mesti singgah rumah atuk dan nenek, salam-salam sebelum balik |
|
berhenti kat RNR seremban, ada budak tu nak makan burger layan la a&w lama tak makan rootbear float tu |
|
sesi pembahagian harta dari kampung... |
|
bukan main posing... sedangkan berat tu hahahhaha |
|
tengok la pokok mulberi aku, memang takmo membiak ke apa entahla... merajuk aku |
|
sunyi dah bilik ni bila paksu dah balik kampung terus dah... jadi bilik baju dan bilik solat jelah |
|
bekal rendang daging dari emak |
|
sambal paru dan hati dari emak jugak |
Sepanjang baca entry ni, saya terngiang2 lagu pusing2 pokok mulberry hehe
ReplyDeletehahahhaha... kih3 ya memang kene pusing-pusing pada awal pagi
Deletebestnya dapat balik kampung, lebat pokok mulberi tu terngiang2 lagu yang didi & friends nyanyi. balik dari kampung harus banyak bekalan kan
ReplyDeletehehehehe lagu didi n fren tu memang sesuai sangat
Deletewahhhh meriahnya pokok mulberry..
ReplyDeletemenjadi je emak tanam!
best kan balik kampung.. mcm2 bekalan dpt.. haha
adik sy balik kampung abs pekakas umi dia rembat.. ish ish
itulah semua benda nak bawak kalau balik kampung tu... sebab tu bawak beg baju 1 je banyak ruang kosong nnti hehehe
DeleteGeramnya tengok buah mulberi tu gemuk2. Pokok ai daun lebat tapi buah halus2 je.
ReplyDeleteitulah pasal geram dengan pokok mulberi mak akak, pokok akak harap je daun ada tapi buah nan hado
Deletesejuk dan asri tepatnya pnuh bunga 2
ReplyDeletealhamdulillah, di kampung memang subur tanahnya
DeleteSis punya mulberi habis mati lepas balik dari Krabi dulu huhuhu, pstu tak rasa nak tanam lagi...bila berbuah tu gerammm... bestnya laa laman kampung gitu..
ReplyDeletemerajuk kene tinggal kot kak hehehe... itulah kat kampung memang laman luas seronok menanam macam-macam
Deletesubur betul pokok mulbery mak akak.. banyak buahnya.. tiba2 timbul mentol kat kepala ni nak mintak suami tanam pokok mulbery jugak kat depan rumah tanah sekangkang baby kera ni..hehehe
ReplyDeleteitulah dulu-dulu akak macam jakun la buah beri-beri ni boleh di tanam kat malaysia, lepas tu bila dapat beli dengan kawan benihnya... sampai la ni hidup subur buah memang lebat sampai kadang tak termakan...
Deletesesi pembahagian harta dari kampung tu yg seronok, macam dapat hadiah! Hahah
ReplyDeletehahahah gitulah kak, kalau balik kampung tangan kosong je memang kene kondemla hahahah
DeleteNampak macam senan nak hidup pokok mulbery ni..Di kampung saya ada sepokok
ReplyDeleteya memang senang nk hidup pokok mulberi ni cikgu
Deletelain kali balik air baloi roger hakak tau...nak jemput keratan batang pokok mulberi..hihi
ReplyDeletemasalahnya siapakah hakak ini... tidak dikenali
DeleteSeronokkan balik kg. Haritu cik bunga balik kg bawak lari pokok lidah jin mak. Heheh
ReplyDeletelidah jin tu ada merata tapi tak rasa nk tanam lak heheheh
Deletemcm2 mak tanam, menjadi pula tu dengan bahagianya pokok tu hidup..kalau tangan UN huhuuuh..
ReplyDeletebest balik kg, pastinya mak bekalkan mcm2 .
tulah tanah kt kampung lak subur kot itu tanam macam-macam menjadi je
DeleteSuka cendawan kukur! Siap boleh tanam.
ReplyDeletemak sediakan batang pokok tepi rumah bila hari-hari kena hujan dia jadi tumbuhla cendawan kukur tu...
DeleteWah! bestnya tengok pokok mulberi mak Dana tu banyak buahnya.
ReplyDeleteDah lama tak balik kampung, balas dendam sungguh ni.
hahahah itulah kak, kalau ikutkan 3 hari tak cukup
DeleteBestnya balik kg..sayur, buah , ulam semua ada percuma di kampung.petik je kt kebun belkg rumah mak...blm brkesempatan balik sejak raya.
ReplyDeleteiya petik je sekitar rumah cikgu.... sekolah pula dah bermula mesti dah sukar balik kampung ya cikgu
Deletemulberry kat rumah aku pun galak berbuah, mkin dipangkas makin menjadi.
ReplyDeletekulat kukur sedap, rendang sedap, sambal hati+paru pun sedap, tapi kulit lembu aku tak pernah makan lagi.
best kan balik kpg, tenang je tgk pokok2
nnti ko tayangla pokok mulberi ko yang besar tu... mesti geram nengok
Deleteseronoknya kampung mcm2 boleh tanam kan..tp mmg tau..tgan org tua atau org lama mesti menjadi kan :)
ReplyDeletesetuju tuh... tu tak tengok belakang rumah ada pokok cili, pokok kacang tanah dan macam-macam tanaman lain
DeleteAir tangan emak semuanya menjadi
ReplyDeletebaik tanaman lebih2 lagi masakannya.
setuju tu wak.... meman terbaik
DeleteBercucuk tanam berbakti pd tanah. Syok bila ada mcm2 tanaman bila blk kmpng.. Lg best bila de pokok buahan..dkt bwh pokok gak mkn..
ReplyDeletegeram nengok pokok mulberi tu banyak betul buahnya ek...pokok kita masih nak kenal dunia lagi..haha
ReplyDelete