Friday, October 19, 2018

Resepi Mee Lidi Goreng Dana

As salam semua kwn2,

Salam jumaat ye kwn2, arini bosan nya rasa... opis macam lenggang je

Sebenar2nya takde gambar utk di kongsikan, pastu teringat pasal perencah mee goreng adabi yg baru tu, antara produk terbaru adabi... ramai dh tayang msk ngn perencah mee goreng ni, aku pun try jgk lah.

Lama dh beli perencah tu tp tak try goreng lg, baru2 ni baru cuba n puas hati sangatlah... mmg sedap di tekak aku. 

Bahan2:

1 bungkus mee lidi (rebus n toskan) ( boleh je tukar ngn mee lain)
2 paste perencah mee goreng adabi
3 batang sosej (potong 5)
1 sudu bsr kicap lemak manis 
1 biji telur
5 biji tomato ceri (potong 2)
segenggam tauge


Cara masaknya:

- panaskan sedikit minyak, masukkan sosej biarkn sedikit masak
- masukkan perencah adabi dan tomato ceri, gaulkan bahan tadi
- masukkan mee lidi yg telah direbus tadi... 
- tambahkan kicap, telur
- akhir sekali masukkan tauge dan siap... 

* boleh je nk mskkkan mcm2 lauk2 atau sayur2 lain, sbb kt umah aku ada benda alah ni je... ini je yg aku guna... tp tetap sedap... 
Mmg sedap perancah mee goreng adabi tuh, tak perlu masukkan garam atau perisa lain... 

masa awal2 keluar tu, asik takde stok je masa nk cari kt pasaraya.... 


ini lah rupa mee lidi yg aku guna tuh... kene rebus dulu kejap

gini lah rupa mee lidi goreng bodo2... simple tahap apa

9 comments:

Dayah Sprinter said...

Wah first time tengok mee lidi ni nampak sangat saya ni jarang masak kan. hihi sedap nampak bila dah siap masak

aizamia 3 said...

wah.. boleh minta en. Hb buatkan ni.. hahaha..

norhidana miswan said...

Dayah- mcm msk mee kuning jgk cuma mee lidi tu kene rebus kejap

k Aizamia- boleh... compom sedap

TukangKebun said...

Kakak belum pernah cuba milidi ni Dana.
Terima kasih berkongsi.
Nanti kalau jumpa di kedai boleh cuba.
Kak kalau masak-masak ni banyak belajar dari Dana.
Cara Dana bercerita jadi seronok.

ShirVen said...

Wah nampak sedap, terus nak cari perencah adabi tu 😁

Amy Hilmirda Daud said...

Akak baru pertama kali tengok mee lidi ni... boleh cubalah lepas ni

Fieda Zan said...

2 paste tu dua sudu ke?

OKje said...

Sedep tak perencah mee goreng tu?
Hakak kadang kadang malas beli perencah bagai ni sebab kadang kadang buat sendiri lagi sedap...Kalau perencah tomyam mmg selalu beli.
Tapi yelah kadang nak cepat dan senang kan Dana

Cik Rose said...

tak pernah cuba lagi masak mee lidi.. nanti boleh cubalah :)