Wednesday, December 24, 2025

ADIB DAN AIYAN

 Assalamualaikum semua,

Cerita hari terakhir sekolah, masa tengah tunggu Aiyan tu sambil borak dengan geng emak-emak. Nampak la si Aiyan jalan lemah gemalai sambil bawak beg dan makanan, maklum hari tu ada jamuan akhir tahun. Belakang tu nampak ada budak berbaju biru jalan ke arah Aiyan. Dia datang borak dan salam lepas tu dia kata, boleh peluk? dia nak peluk Aiyan. Dia peluk Aiyan lepas tu dia kata tahun ini Adib 19 tahun jadi ini tahun terakhir dia di sini. Patut la tak pernah nampak sebab dia murid tingkatan 5 PPKI. Kalau baju biru tu selalunya pengawas sekolah.

PPKI di sekolah menengah selalunya umur paling tua mereka terima hingga 19 tahun sahaja. Selepas umur 19 tahun, kebiasaannya murid akan ke Program Transisi ke Alam Pekerjaan, pusat Latihan OKU/ Vokasional atau program komuniti OKU.





Ada kawan Aiyan cerita, dia menangis masa salam dan peluk abang-abang yang  19 tahun masa jamuan akhir tahun di kelas.



4 comments:

  1. Alahai..sebak plak aunty SA Aiyyan...sedih rasanya..takpe la semoga ada rezeki boleh jumpa Adib lagi ye...

    ReplyDelete
  2. orang baik ramai sayang.. moga sentiasa sihat

    ReplyDelete
  3. Alaaa sedihnya tengok anak2 ni berpeluk.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...