Thursday, December 4, 2025

PHOTO DIARY #39/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi sejuk betul, dari tengah malam hujan tak berhenti. Pagi tadi pun masih hujan lebat masa sampai kat pejabat. Ingat nak buat entri masa tengah hd tapi mengantuk lepas tu bila nak tidur terlelap kejap je dah terbangun. Bekal macam biasa dah masuk 2 minggu bekal roti putih sapu mentega dan tabur sikit gula. Itu je yang lalu untu makan pagi-pagi. Waktu hd kene makan kalau tidak kang BP rendah , kaki kejung atau mengigil badan lagi bahaya. Oklah jom kita layan cerita bergambar.

Ini la yang baru nya... cermin mata kami hehehhee

Bekalan roti 

Stokin baru heheheh 

selalunya kalau khamis aku mesti pakai baju batik maroon atau tudung maroon, rupanya aku banyak baju batik maroon atau hitam bunga maroon. Ini baju baru, batik biru cantik kan?

adik nurse tengah memilih brooch

Suruh mereka pilih seorang 2 biji

tapai ubi, kegemaran

Pokok tepi sekolah dah kene tebang, terus nampak lapang dan panas persekitaran sekolah 

Kurang seorang kawan perempuan, dah dekat sebulan kawan yang seorang tu cuti jaga emaknya. Jadi budak lelaki ni lah mangsa ajak makan sama-sama


Peneman aku masak setiap hari, merata dia tidur kadang atas sofa, atas rak , kadang kt tepi sofa 

24 comments:

  1. Wah..seronok la adik nurse tu dapat keronsang sorang 2 biji...

    ReplyDelete
  2. Sini pun sejuk. Rasanya dari tengah malam tu hujan lebat kot. Pagi masih hujan lagi.
    Ohh masing-masing buat spek baru rupanya. Ada photogrey kan. Cantik bergaya dengan cermin mata baru. Comel-comel je stokin Kak Dana.
    A'ah cantik baju batik tu Kak Dana macam motif pua kumbu sikit.
    Bestlah dorang dapat brooch. Kak Dana okay ke tu kalau makan tapai ubi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah hujan semalaman nasib la sian ni tak hujan... itulah pastu tersama lak ngn motip sarung bantal akak baju batik tu hahahha. Ok makan tapai ubi tu, jangan bedal banyak2 udah

      Delete
    2. Kalau okay makan, okaylah. Alhamdulillah...

      Delete
  3. senangkan pakai cermin mata yang ada transition ni...tak payah kalut nak pakai sunglass dah

    ReplyDelete
  4. cantik baju biru dana.. ala-ala design pua kumbu sarawak

    ReplyDelete
  5. musim ujan ni sejuk berselimut perut lapar kan

    ReplyDelete
  6. Tapai ubi sedapnya. Suka lah corak baju Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dana suka lg tapai ubi dari pulut tp kalau dh depan mata ngap je

      Delete
  7. Cantik corak batik baju Dana, dengan tudung warna navy blue ni nampak Dana lebih berseri.

    ReplyDelete
  8. Cantik baju ngam dengan tudungnya. HD kat swasta ye?

    ReplyDelete
  9. Suka dengan corak baju Dana.. Musim hujan sekarang ni kena berwaspada, banjir dan pokok tumbang.. Haish, peneman masak Dana happy dia, guling-guling.. geram tengok!

    ReplyDelete
  10. Kat sini baru hari ini hujan lebat.
    Selalunya panas aje.

    ReplyDelete
  11. tempat saya dah start panas.. tapi tak tahulah katanya ada hujan gelombang kedua... moga sis kembali sihat seperti sediakala..

    ReplyDelete
  12. Ana di selatan perak pun hujan dari ptg smlm bersambung2 membawa ke siang hari ni.. moga muncul lah matahari nti..

    waahhh cantiknyaaaa baju batik biru sis dana!

    syoknyaaa adik2 nurse dpt pilih kerongsang hehehe

    ReplyDelete
  13. Warna birunya cantiiiik, sesuai dengan tone kulit kak dana 👍👍👍. Aiiih baiknya kakak, bagi bros pada adik2 nurse semua. 🤗🤗

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...