Thursday, December 11, 2025

PHOTO DIARY #40/2025

 Assalamualaikum semua,

Hari ini awal aku gerak dari rumah, setel hantar makanan kat kedai terus ke centre untuk hd. Hari ini ada doktor datang review bacaan darah bulan lepas. Dia punya debar sampai tak lalu makan semalam. Berat air naik 1.5kg kalau tidak banyak lagi heheheh.

Setel dah kene review dengan doktor baru boleh buat entri. Tidak mengantuk pun hari ini. Jom kita layan cerita bergambar.

Back to maroon batik

Kalau pakai baju kurung kene awal pakai selimut takut terselak

Tempat sama tapi masa lain-lain

Elok dia susun benda dia tak makan

2 orang nurse yang baik dengan aku, kene bertugas di luar.. rajin hantar gambar

Adik ipar pergi umrah, Edy je yang hantar sebab malam

Cantik kan? Pertama kali berbunga

Dah lama tak berbunga, bila berbunga dah 3 kali muncul

Kawan masak lauk kat pejabat, aku bawak ulam je

Bila lapar dan nak mudah, tempe goreng kosong dengan sos sikit

Bunga minggu ini, pink

Petang sabtu, dia datang rumah..

Sabtu pagi suruh Edy hantarkan cucur udang bagi maktek.. siap ambil gambar lagi

1 comment:

  1. Seronok dak kecik tu. Orkid ni memang lawa, tapi bersabar je nak tunggu berbunga .

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...