Tuesday, December 9, 2025

JUAL MAHAL TAPI AKHIRNYA

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya si Aiyan la, hari ahad aku ada goreng rangka ayam tapi tak abis. Jadi rabu petang aku panaskan la rangka tu, petang tu balik kerja hujan lebat lapar pulak. Aku panaskan tomyam dan celur mehun. Pastu dah siap tu aku ws la Aiyan ajak makan, tapi dia kata tak nak dah kenyang.

Oklah kan, tapi aku suruh dia tutup pintu sebab nak maghrib, pastu dia nampak la rangka ayam tu. Bau semerbak ayam tu buat dia bukak meja lipat dan cakap nak rasa rangka goreng tu.Dipendekkan cerita habisla 2 rangka ayam dia bedal.

Bukan main heksen kata dah kenyang




Yang kat pinggan aku ni pun dia makan dah tinggal tulang dia ambil pulak rangka ayam ku

Selamat sudah.

3 comments:

  1. Sedapnyaaa.. berselera dia makan

    ReplyDelete
  2. sedap dia tengok mama makan.. dia pun nak juga.. panggil makan pun kena guna wasap eh kak.. hahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...