Friday, September 19, 2025

RESEPI SUHUN GORENG

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya beberapa minggu lepas aku jumpa suhun segar di jual kat Giant. Selalu suhun kan yang kering tapi ini yang basah macam mee kuning dan kuetiaw. Jadi aku beli lah satu nak cuba masak kan, ternampak orang kongsi pasal menu sihat dengan suhun. Jadi bila aku buat dan rasa sedap juga, up la kat status ada la kawan yang komen untuk jual di kedai. Jadinya esok atau lusa nya tu aku jual la menu suhun ini dan ramai rupanya yang suka. Jadi mari aku kongsikan resepinya ya. Suhun yang aku beli ni, dia lebih tebal dari suhun yang biasa kita beli tu.  

Bahan-bahan:

2 bungkus suhun 

7 ulas bawang putih, cincang halus

7 biji cili api bangla, cincang halus

3 sudu sos tiram

Kicap lemak manis jalen

2 biji telur

1 pek perencah mehun goreng cik suri (boleh je guna jenama apa pun)

2 sudu sos cili

garam

kucai

Bebola

Daun kucai / Lobak merah potong halus/ udang

Tauge

Cara Masak:

- Campurkan suhun dengan kicap jalen, biarkan kejap

- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga naik bau dan kekuningan.

- Bila dan kekuningan masukkan bebola dan lobak merah kacau-kacau. Masukkan udang kacau lagi. 

- Masukkan perencah, sos cili, sos tiram gaul rata. Masukkan telur dan masukkan suhun. Kacau-kacau hingga suhun masak.

- Masukkan kucai, perasakan dengan garam sikit. Kalau tak rasa masin sebab dah ada letak sos tiram dan kicap kan. Bila dah masak akhir tu masukkan tauge, kacau-kacau sikit matikan api. Aku suka tauge yang masih rangup lagi.












37 comments:

  1. Akak cari suhun ni la .suaahnya nak jumpa .ada kat Giant ye...nanti nak pi cari laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cari kat giant kak, tapi dana minggu lepas cari pun dah takde.....

      Delete
  2. Ya ampun! Enak banget ni Dana. Ada udang segar, ada taugeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, bila dah tambah 2 tu memang sedap la

      Delete
  3. Sedapnya suhun ni....glass noodle suhun ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi cari tak jumpa pula suhun ni Dana. Alahai teringin sebenarnya. Jumpa bihun je.

      Delete
  4. 1st time tahu ada suhun macam ni. Dia sama la dgn glass mee kan, Dana.

    ReplyDelete
  5. kat bangkok dulu memang guna suhun ni..senang nak masak sbb x yah rendam...ada ek kat sini, nak cari jugaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. sana memang antara makan ruji kan kak , suhun ni tebal sikit dari yang biasa kita buat tu

      Delete
  6. Tak pernah jumpa yang jenis basah gitu. Ingatkan semua versi kering je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya produk baru, sebab sebelum ni memang tak pernah jumpa

      Delete
  7. sedap tu...suka tp tk pernh buat sendiri

    ReplyDelete
  8. suhun macam mihun sedaptu banyak udangnya

    ReplyDelete
  9. Baru tahu ada suhun basah juga ye. Macam tak pernah nampak. Sedap ni, saya suka suhun. Tambah pulak taugeh dan kucai. Double triple sedap!

    ReplyDelete
  10. Meriahnya asesori sampai tak namak suhunnya

    ReplyDelete
  11. Ni bagi saya resipi baru yang mesti dicoba..macam lain sedikit ada taugeh telur..pasti keluarga berselera makan..

    ReplyDelete
  12. sekali tengok macam bihun ..rupanya suhun.. saya pun suka suhun, tapi resepi ni lain macam.. nampak menarik, boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  13. First time tau ada jual suhun segar. Ooo macam glass noodle la dia ye?

    ReplyDelete
  14. Sedapnya nak skittttt 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak lagi teror, mesti lagi menggoda jadi nya hehehe

      Delete
  15. Tekak wak kalau goreng suhun ni nak ada tempe sekali

    ReplyDelete
  16. Saya sukaaaaa suhun. Memang lebih suka suhun daripada bihun. Makanya lebih banyak stock suhun di rumah

    Melihat bentuknya, saya yakini sedap buatan kak dana 😍😍😍. Apalagi pakai toge dan kucai

    ReplyDelete
  17. tak perasan suhun ni. boleh la cuba resepi ni kalau jumpa suhun ni nanti.

    ReplyDelete
  18. Tak pernah try lagi Suhun Goreng..tapi nampak sedap sangat Dana masak nih...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...