Thursday, September 4, 2025

PHOTO DIARY #27/2025

 Assalamualaikum semua

Hari ini awal buat entri sebab semalam sibuk tak sempat buat entri. Biasala orang sakit kerjanya kalau tak hospital,klinik pastu ke pusat hemodialisis pulak. Itu lah rutin sekarang ni. Jom la kita tengok cerita bergambar.

Ada pesanan dari pegawai kat pejabat, sandwish telur dan sardin untuk mesyuarat 20 pek

Ini kalau boleh melepak kat luar syok jugak, dengan lampu yang malap gitu

Sejenis pelupa, ada yang tegur dalam group whatsapp kedai... aku lupa tutup tingkap

Halwa halia

Mujur lif dh boleh guna, tapi itulah punya comot dalam lif tu

Balik dari klinik, lapar ada beli mee sup kat luar klinik..sedap


Klinik Kg Pasir

Nampak bersih lepas rumput dah dicabut

Balik sekolah lambat sebab ada kelas masak donat

Panas lagi donatnya, mama ngecek satu.

Besar betul buah beri biru ni


Isnin tu maktek balik dari kampung, dapat siput sedut dan kari ikan merah

Hasil terakhir pokok serai

Isnin tu lepas balik sarapan, pi cabut rumput

16 comments:

  1. Nampak sedap halwa halia.. boleh buang angin dalam badan

    ReplyDelete
  2. Moga Kak Dana terus kuat dan sihat...gebu donut ayyan tu...

    ReplyDelete
  3. Yang lain tak berapa nak pandang, tapi tengok Donut Ayyan buat eh kemain gebunyaaa..ngences terus Aunty hihi...

    ReplyDelete
  4. Dulu waktu anak2 masih kecil, deme panggil siput sedut tu 'siput mat rempit'.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. Semoga dikurniakan kesihatan, kesembuhan ya, banyakkan bersabar dan doa kepadaNya. InshaAllah kita tenang dengan kasih sayang Allah..kita diuji selagi hidup, laluinya dengan tenang..

    ReplyDelete
  6. Halwa halua tu, teringun nak rasa. Tapi tak rajin cari pula hihihii.

    ReplyDelete
  7. Aiiiiih tembok warna pink lembut, lalu di depan banyak bunga, cantiiiik lah kak. Nampak estetik. 😍😍. Memang , kalo suatu tempat ada banyak bunga2, terlihat baguuus sangat ❤️👍👍

    ReplyDelete
  8. Mujurlah tak hilang apa-apa tu kak lupa tutup tingkap kereta. Halwa halia tu, kita pulak yang seram nak makan. Boleh terima halia dalam masakan je sebagai penyedap rasa. Kalau masuk dalam air ke, gula-gula ke saya surrender. Wah syoklah Aiyan buat kuih donut. Dapat mama rasa. Buah apa tu kak sebelah beri tu. Nampak macam buah cemperai tapi versi merah ke camne?
    Sedapnya siput sedut masak lemak. Rezeki dari kampung. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. Akak doakan Dana sihat ye...walau di duga dengan sakit..be strong tau...Dana kuat semangat akak tau...tu dah kenapa lupa tutup tingkap tu..nasib baik x hujan

    ReplyDelete
  10. Semoga Dana diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.. Aamiin..
    Meriah gambar makanannya.. Tengok siput sedut tu, macam nak kena cari juga weekands ini.. kikiki..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...