Thursday, September 25, 2025

PHOTO DIARY #30/2025

 Assalmualaikum semua,

Hari gaji, pagi jelah rasa kaya lepas tu kayap bila dah bayar segala hutang piutang. Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

Dapat pesanan nasi lemak 43 pek


Tak pernah-pernah rebus telur banyak

Dapat hadiah kaftan dan fm dari nurse kat centre

Semalam petang, goreng samosa yang kita buat untuk jualan

Jus power, campuran timun, peria, capsicum, epal hijau dan celery... kawan buat air untuk kawal kencing manis. Cantik lak layer tu

Geram emaknya, baju yang dah koyak ni suka sangat pakai macam dah takde baju lain

Ada hari isnin ke selasa hujan lebat angin kuat, habis tumbang rak orkid

Pokok bunga kertas pun nak jatuh

Bunga yang patah tu kita letak kat sini la... sayang kan

Menu baru lagi, kebab daging

Kesian budak kecil ini kene hfmd lagi

18 comments:

  1. Baju koyak tu sedap pakai kan Ayan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kang orang ingat emaknya tak belikan baju hahaha

      Delete
  2. meriah tempahan nasi lemak tu..lama tk mkn samosa

    ReplyDelete
  3. Banyak tempahan nasi lemak tu, hebat Dana boleh buat banyak.

    Sedih tengok pasu-pasu tumbang, tapi redha jelah kejadian alam tak dapat dikawal. Tapi dapatlah letak bunga segar jadi jambangan penyeri dalam rumah.

    Moga Allah kurniakan kesembuhan buat anak sedara Dana.

    ReplyDelete
  4. Banyak tempahan nasi lemak kak Dana. Alhamdulillah...
    Dapat hadiah dari nurse, rezeki lagi.
    Campuran air tu lebih kepada rasa apa kak dana? Pahit?
    Lelaki biasalah kak Dana, kalau tak dicakap begitulah. Selesa agaknya pakai baju tu kot.
    Sayangnya pokok bunga tumbang. Kuat betul angin sampai boleh tumbang.
    Semoga cepat baik HFMD tu. Kesian budak kecik kena menahan sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campuran air tu rasa dia ok je sebab macam2 dalam tu, pahit tu takla tapi bau celery ngn peria tu kuat la hahahha

      Delete
  5. Sekejap je amount banyak parking dalam akaun bank. Lepas tu merata dah perginya 😅

    ReplyDelete
  6. Baju koyak tu la yang paling best bawak tido..akak ada satu...hehehehe

    ReplyDelete
  7. selagi mama tak humban baju tu dalam tong sampah, memang itulah dia ambil dan pakai. anak ammi penah sekali ammi dah jadikan lap kaki dah baju tu. Dia angkat masuk dalam mesin basuh pastu bila dah berjemur dia pakai semula (mulalah masa tu ammi macam, ehhhhh bukan baju ni dah jadi lap kaki ke?)

    ReplyDelete
  8. Bab baju koyak tu, kat rumah ni pun ada. Sedapnya nasi lemak. Alhamdulillah rezeki dapat kaftan.

    ReplyDelete
  9. Tak apa sabar ..bunga jatuh kena angin, anak kena HMFD..semi=oga cepat sembuh. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. Rezeki gtak diduga dapat tempahan nasi lemak..kena bersyukur

    ReplyDelete
  11. sayang nya..abis jatuh2 pokok bunga, last week ada satu haru hujan & angin kuat kannn

    ReplyDelete
  12. Telur rebus tu Dana bubuh sebiji-sebiji ye? Puaslah makan kalau macam tu kan.

    ReplyDelete
  13. Geng Aunty ni, geng suka pakai baju dah koyak haha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...