Assalamualaikum semua,
Semalam lagi aku dah buat entri ini tapi disebabkan sibuk tak terpost rupanya. Pagi ini lepas dah tertido kejap jadi dah segar mata. Aku kan pernah kongsi cerita pasal kawan pejabat kene mendaki Gunung Kinabalu, jadi aku nak kongsikan beberapa gambar yang ada. Lepas mereka turun, pendakian ke Gunung Kinabalu diberhentikan beberapa hari sebab angin kuat dan hujan. Mujurla mereka semua selamat naik dan turun serta dapat menyiapkan semua pengukuran yang perlu.
Pengukuran ini kerjasama antara JUPEM, Taman- Taman Sabah dan RISM. Ekspedisi mengukur 6 puncak Gunung Kinabalu, biasanya ada 1 puncak je yang orang awam boleh daki. Lagi 5 puncak ini sangat berbahaya tapi kerana ekspedisi ini mereka dapat naik puncak yang 5 tu. Nama-nama puncak yang ada 1. Low peaks 2.Oyayube Iwu peaks 3. Ugly sister peaks 4. King Edward peaks 5. Donkey ears peaks 6. St John peaks.
![]() |
| Ini 8 orang semuanya, yang perempuan tu pegawai dan kira ketua ekspedisi |
![]() |
| Sebelum naik ambil gambar dulu |
![]() |
| Hari kejadian 25/8/25 |
![]() |
| Semua peralatan telah di bawa naik oleh porter pada 24/8/25 |
![]() |
| Cantik gambar ini, masa ni mereka memang kelaparan dan kepenatan |
![]() |
| Donkeys peak, puncak yang patah masa gempa tahun 2015 |
![]() |
| Setelah habis misi |
![]() |
| Gambar turun setelah beberapa hari di atas |




















Salute dengan ketua tu...dia sorang jer perempuan...nak naik low peak tu pun minta nyawa...apakan lagi yang lain...
ReplyDeletemencabar juga tugasan begini kan Dana , tapi pengalaman menarik lah untuk semua yang terlibat, Alhamdulillah
ReplyDeletehebat2 semuanya...baru tahu yang gunung pun diukur oleh JUPEM...
ReplyDeletetak terfikir pula, dok fikir tanah je...
dapat makan atas awan tu...hihihi
tahniah hebat mendaki demi tugasan alhamdulillah selamat semus
ReplyDeleteBertuahnya dapat jejakkan kaki ke gunung kinabalu
ReplyDeleteHebatnyer kerja dia orang
ReplyDeleteHebatnya mereka. Tak mudah tu. Nampak mereka ceria dan macam tak penat je tu. Fit betul masing-masing. Tahniah semua. Kerja mencabar ni kena hiking sampai puncak.
ReplyDeletewahh.. tahniah kepada semua...hebat ni.. bukan semua orang mampu
ReplyDeleteRespect la kat semua..memang ada jabatan ni erk kat JUPEM...bestnya kalau akak dapat join...hebat semuanya
ReplyDeleteWah!! Hebat semuanya.. Tahniah untuk misi yang berjaya.. Terbaik!!
ReplyDeleteCantik jew susunan ahli ekspedisi bergambar.
ReplyDeleteRindu pulak nak mendaki Gunung Kinabalu walaupun dan tiga kali naik.
Btw, yang diukur puncaknya itu apanya ya kak? Maksudnya, apa yg nak diukur.. tinggi puncak , jarak atau apa?
ReplyDeleteIni berarti yg dipilih, memang orang yg punya skill mendaki gunung juga lah yaa? Saluuut lah
Alhamdulillah selesai dengan selamat. Salute pada ketua team. Cantik foto di Gunung Kinabalu tu.
ReplyDeletewah..congrats semua.. sorang je perempuan tu, caya lah!!
ReplyDelete