Friday, September 5, 2025

RESEPI DADIH STOBERI

 Assalamualaikum semua,

Salam Maulidurrasul semua, selamat bercuti. Mood cuti lama ni, mesti ramai yang balik kampung atau bercuti. Kalau yang duduk rumah tu meh kita buat resepi dadih ini. Sedap, mudah dan boleh dinikmati ramai orang. Jom tengok resepinya

Bahan-bahan:

1 pek serbuk dadih stoberi

100g gula

Air 3 liter

Sedikit garam

450-500g susu cair 

Cara masak:

- Masukkan gula, air dan susu cair masakkan hingga mendidih kecil.

- Bila dah mendidih semua dah sebati, matikan api. Baru masukkn garam dan serbuk dadih stoberi kacau untuk seminit dua.

- Masukkan dalam bekas tunggu sejuk baru tutup penutup dan simpan dalam peti. Makan sejuk.


Boleh guna jenama apa pun


Kalau ikut resepi belakang plastik susu cair 400g tapi aku tambah untuk rasa lemak dan lembut dadihnya




Matikan api baru masukkan serbuk tu tau



Sedap lembut lemak

23 comments:

  1. Tak pernah buat dadih walaupun senang je. Anak2 ajak buat pun malas. Hihi

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul.
    Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
    Lama tak buat dadih. Dulu waktu anak-anak masih kecik, selalu buat.

    ReplyDelete
  3. tak pernah buat. nak try la nanti kut kalau jumpa perisa coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kat kedai bakeri barang kek tu selalu ada memacam perisa

      Delete
  4. Letak dalam peti ais, minum sejuk-sejuk... Sedap ni.

    ReplyDelete
  5. Nak kena rajin baru semuanya jadi, kalau tak.. tengok jelah sampai terliur.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. Dadih ini disebut puding sutra kalo di sini. Memang sukaaa sangat anak2. Krn lembut nya itu 😍😍. Saya pun suka. Apalagi dah banyak yg jual pack nya dengan aneka rasa.

    Tapi kalau di sumatera barat, dadih itu semacam susu fermentasi. Mirip yoghurt tapi lebih kental.

    ReplyDelete
  7. Kalau buat ni, kejap-kejap bukak peti ais kang. hihi..lama tak mendadih. Sedap apa pun perisanya kan.

    ReplyDelete
  8. X pernah buat dadih..risau x jadi je..hahahahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...