Thursday, September 11, 2025

PHOTO DIARY # 28/2025

 Assalamualaikum semua,

Hari ini mengantuk betul pukul 7 lebih dah menguap-nguap. Dah 2 hari tido pukul 10 lebih tapi pukul 3.15 dah bangun masak. Itu yang pagi tu mengantuk macam apa. Dekat rumah aku dari petang semalam hujan renyai sampai malam jugak rasanya. Tak perasan pukul berapa berhenti hujannya, itu pagi ini sejuk je.

Jom la kita layan cerita bergambar ya.


Minggu ini 2 kali hantar ke kedai popia carbonara, banyak permintaan

Semalam petang dok tidur kat atas rak kasut kat luar, tapi sebab hujan dia tidur sini

Projek buat jeruk mangga

Ada yang pesan kek gula hangus semalam .. 2 bekas

Janji ada cermin, dah seronok dah

Seronok dia isnin dah projek masak-masak, bawak balik pizza lagi

Kerang frozen yang aku guna untuk buat rendang...besar dan kecil

Tetamu yang selalu di nanti kan

Terapi bowling dan tengok wayang

Sejenis budak tak reti duduk diam

Aku siang malam suka keadaan gelap camni

27 comments:

  1. Semalam hampir seharian mendung dan hujan. Sejuk betul. Banyak permintaan tu dah semestinya sedap ikut selera pembeli. Alhamdulillah...
    Sedapnya jeruk mangga. Ooo kek gula hangus pun kak Dana jual juga ye. Terbaiklah kak Dana.
    Seronoklah Aiyan tiap-tiap minggu belajar masak. Dapatlah bawa balik bagi mama saya. Bestlah dia dapat tengok wayang.
    Untung juga duduk dekat-dekat, dapatlah maktek datang selalu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek gula hangus tu kalau ada org oder baru buat, kdg bila teringin buat untuk jual sikit2...
      Dia memang kelas masakan setiap isnin dengan jumaat rasanya kelas dia... kdg memang suruh dia je makan, sebab tahu dia suka.
      Memang rezeki kami rumah dekat je, boleh jerit je

      Delete
  2. Rajin sungguh Kak Dana bangun awal pagi..teringat mak saya dulu buat kuih jual hari2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab nak masak kan itu yang bangun awal pagi

      Delete
  3. aiyan pun minat masak macam mamanya

    ReplyDelete
  4. Popia carbonara memang banyak orang suka.
    Saya pun selalu beli. Makan tak hengat donia!

    ReplyDelete
  5. bestnya siap htr kedai cabonara popia memang kegemaran semua especially kanak-kanak...

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah hebat Dana, macam-macam masakan boleh buat.
    Akak terpengaruh tengok dana selalu tayang popia carbonara, jadinya akak pun buat sendiri. Tak pasal jadi rajin tau 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat kak, boleh la sikit-sikit kak buat tambah-tambah duit

      Delete
  7. byk permintaanbtempahan popia carbonara...tinggal nk goreng je..

    ReplyDelete
  8. Semoga terus kuat ye Dana...rezeki tu jualan Dana banyak permintaan..sedapnya kek gula hangus

    ReplyDelete
  9. masakan Dana tak pernah tak mengoda akak 😋😋
    best dak aiyan byk aktiviti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe mekasih kak, kelas PPKI memang banyak aktiviti luar

      Delete
  10. Sayangnya jauuuh lah kakak... Kalo tak, dah Macam2 saya pesan makanannya 😍😍😄. Popia carbonara tuh pasti sedap. Jeruk mangga memang bikin basah mulut baru bayangkan saja 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pernah share resepi, nanti buat sendiri je dik hehehhe

      Delete
  11. Sama kita Dana, walaupun siang, suka tutup langsir bagi gelap, syok tengok tv tapi hubby tak suka hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak suami dana pun suka terang-terang... tapi kalau dia takde memang dana tutup je lampu dengan langsir

      Delete
  12. masa ammi muda2 dulu ammi suka suasana gelap macam ni. tapi sekarang jadi sakit kepala pulak kalau gelap pastu kita tengok screen

    ReplyDelete
  13. Jangan sampai tak cukup tido dana
    Kesihatan kena jaga.

    ReplyDelete
  14. Rajin Dana berjualan.
    Macam-macam menu ada. Apa boleh buat, kita jauh. Kalau tak memang Kak Amie jadi pelanggan tetap Dana.

    ReplyDelete
  15. Hiburkan hati dengan memasak..banyak pahala tu ..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...