Assalamualaikum semua,
Hari ini bersemangat nak buat entri sebab ada banyak resepi yang disimpan, maklum tengah rajin kan. Jom la kita tengok resepinya, ini la tetiba ternampak kat tiktok resepi kebab daging, tapi aku guna roti sosej biasa tu je. Kira terus jadi idea jualan la kan.
Bahan-bahan:
1kilo daging kisar
4 ulas bawang putih cincang
1 biji bawang holland, potong dadu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu serbuk kari
4 sudu sos bolognise (boleh gantikan dengan sos tomato)
1 cawan sos korea (boleh gantikan dengan sos cili)
daun bawang
Carrot, potong nipis
timun, potong dadu
Cara masak:
- Masakkan daging kisar, bila dah setengah masak, masukkan bawang putih, bawang holland masak hingga bawang layu.
- Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kari , sos bolognise dan sos korea. Gaul hingga sebati masakkan untuk 10 minit
- Masukkan carrot dan timun, akhir sekali masukkan garam dan daun bawang siap.
- Kalau nak makan kita boh sos cili dan mayonis sikit.















sedap tu
ReplyDeleteBetul tu kak kalau guna roti pita lagi sedap
Deletesedapnyaaa...nak buat la nanti utk suami nyer bekal pi keja
ReplyDeletebuat kak memang mudahkan kerja boleh letak dalam pelbagai jenis roti
DeleteBoleh ni jadi menu sarapan atau makan malam jika tak ada idea.
ReplyDeletebetul sangat tu kak
DeleteEh, sama spatula IKEA kita. Nampak macam mudah je cara nak buat intinya ni. Campak-campak je tak perlu tumis. Boleh cuba. Terima kasih share resipi Kak Dana.
ReplyDeletemasa ikea cheras tu baru bukak rajin la ke sana, skrg lama dah tak pi
Deletesemoga laku keras jualannya...menu on the go mcm ni mmg org suka kan
ReplyDeleteinsyallah, betul tu kak mudah nak makan kan
DeleteSedapnya kebab Dana ni..
ReplyDeleteterima kasih kak
Deletewow! Sedap tu..Boleh jual kat kwn2 ni.
ReplyDeleteMemang jual kt kedai ni cikgu
Deletekebab sedap dgn intinya pandai dana olah
ReplyDeleteTerima kasih kak
DeleteTerima kasih kak
DeleteHebat produk dah jadi..boleh dijual..tahniah
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
Deletesedapnya...menarik ni. tq kasi idea
ReplyDeleteCantuk kejadiannya. Intinya pun mewah. Kak Amie terpikat!
ReplyDeleteLangsung save lah. Kalo sedang malas makan nasi, saya nak buat 😍😍. Krn memang kami sekeluarga tak selalu makan nasi. Kadang kebab atau roti dengan isian ayam atau daging. Nampak sedap kak dana 😍😍
ReplyDeleteSedapnya Dana...kalau dekat dah beli hihi
ReplyDelete