Tuesday, September 30, 2025

STRAWBERI PINK

 Assalamualaikum semua,

Kita review buah lagi ya, kali ini strawberi pink tak pasti ini sama ke tak dengan strawberi putih tu. Jumpa kat Giant terus la beli, nak rasa camne kan. Harga tak mahal sangat 1 pek ini RM 22.00. Rasa dia lembut, tak masam, manis buah dan berair. Sedap la sebab tak masam macam strawberi biasa tu kalau yang Cameron hingland tu.





Monday, September 29, 2025

EMERLD BEAUTY PLUM

 Assalamualaikum semua,

Antara buah yang baru 2 minggu aku jumpa dekat pasaraya Giant. Saja je beli sebab aku memang suka pelbagai jenis plum. Buah plum kali ini memang sedap, warnanya hijau kekuningan. Kalau dah betul masak warna kuning-kuning hijau. Rasanya manis, ranggup dan berair. Sedapla bagi aku, sebab kadang beli buah plum jenis yang tak manis, terlalu berair tapi tak manis. Yang ini sedap sebab ranggup dan manis, tak manis sangat manis buah tapi sedap. Kalau jumpa sila la cuba beli memang tak menyesal.






Friday, September 26, 2025

RESEPI INTI KEBAB DAGING

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersemangat nak buat entri sebab ada banyak resepi yang disimpan, maklum tengah rajin kan. Jom la kita tengok resepinya, ini la tetiba ternampak kat tiktok resepi kebab daging, tapi aku guna roti sosej biasa tu je. Kira terus jadi idea jualan la kan. 

Bahan-bahan:

1kilo daging kisar

4 ulas bawang putih cincang

1 biji bawang holland, potong dadu

1 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu serbuk kari

4 sudu sos bolognise (boleh gantikan dengan sos tomato)

1 cawan sos korea (boleh gantikan dengan sos cili)

daun bawang

Carrot, potong nipis

timun, potong dadu

Cara masak:

- Masakkan daging kisar, bila dah setengah masak, masukkan bawang putih, bawang holland masak hingga bawang layu.

- Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kari , sos bolognise dan sos korea. Gaul hingga sebati masakkan untuk 10 minit

- Masukkan carrot dan timun, akhir sekali masukkan garam dan daun bawang siap. 

- Kalau nak makan kita boh sos cili dan mayonis sikit.















Thursday, September 25, 2025

PHOTO DIARY #30/2025

 Assalmualaikum semua,

Hari gaji, pagi jelah rasa kaya lepas tu kayap bila dah bayar segala hutang piutang. Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

Dapat pesanan nasi lemak 43 pek


Tak pernah-pernah rebus telur banyak

Dapat hadiah kaftan dan fm dari nurse kat centre

Semalam petang, goreng samosa yang kita buat untuk jualan

Jus power, campuran timun, peria, capsicum, epal hijau dan celery... kawan buat air untuk kawal kencing manis. Cantik lak layer tu

Geram emaknya, baju yang dah koyak ni suka sangat pakai macam dah takde baju lain

Ada hari isnin ke selasa hujan lebat angin kuat, habis tumbang rak orkid

Pokok bunga kertas pun nak jatuh

Bunga yang patah tu kita letak kat sini la... sayang kan

Menu baru lagi, kebab daging

Kesian budak kecil ini kene hfmd lagi

Tuesday, September 23, 2025

AIYAN DAN BLIND BOX ECO SHOP

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi mengantuk betul pukul 8 dah terlelap tapi ada orang call pulak. Terusla terbantut dan tak boleh nak tidur lagi jadi mari la kita membuat entri. Blond box versi murah, beli mainan dalam kotak dan tak tau isi dia rupa apa. Patung yang comel dalam tu. Maknya belum sempat belikan rak untuk dia susun patunng comel tu.





Unboxing


Takde tempat lagi boh dalam bekas balang kerepek je

Monday, September 22, 2025

TAMAN EKO RIMBA KIARA

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi sibuk dah petang baru dapat menulis, nak cerita minggu lepas kami ada jalan-jalan kat Hutan Rimba Kiara. Ini kali kedua kami ke sini, kali pertama ada ceritanya disini. Pagi itu kami keluar sarapan awal, siap makan dalam pukul 9 lebih pastu ajak la Edy ke sini. Walaupun masa sampai tu dah pukul 10 tapi tetap redup sebab banyak pokok. Suka suasana dekat situ, kali ini ramai juga pengunjung tak macam masa kami datang tahun 2023 dulu. Jom tengok jalan-jalan kami.




dok cari kura-kura tapi dia sembunyi bawah daun



tiga budak bulat


gaya bergambar dia memang sama je selalu







dah nak sama tinggi


jom balik