Thursday, May 14, 2026

PHOTO DIARY #15/2026

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi mendung ingatkan nak hujan tapi rupanya panas tengahari ni. Cuaca sekitar KL dan Selangor yang kejap hujan kejap panas tadi dekat centre felda pun ramai adik misi yang tak sihat dok batuk-batuk. Mujur aku memang sentiasa bawak gula-gula woods jadi bagi la kat mereka yang batuk tu. Kalau mereka sakit sapa lah yang nak jaga kami nanti kan. Jom kita layan cerita bergambar.

Biasa pagi memang tudung masih lagi well behave heheheh 


Tapi ini gambar pagi semalam masa sarapan kt kedai, tengok dah rupa makcik bedah hahahha


Hari ini kene ambil darah, biasanya 3 bulan sekali kene ambil darah lepas tu bulan depan doktor datang. Kita tengok la apa yang turun apa yang naik, kalau tinggi tak jaga makan kang kene marah heheheh

Aku jual apam goreng dengan kari sardin kat kedai Puspanita

3 keping apam dan 1 bekas kari tu RM4.50

Semalam petang tak hujan bawak dia keluar makan rumput, dah macam bela kambing pulak kan hahahah


Minggu lepas kan PA dia mc seminggu, minggu ini dah ada la teman borak dia semula

Ahad lepas masa nak beli bunga punya lama beratur, Hari Ibu kan

Musim hujan ni dia pun muncul

Kalau hari sabtu memang cacamarba aku punya warna baju, memang hentam saja hahahah

Peminat setia apam goreng mamanya

Sesekali bagi dia bersosial

16 comments:

  1. acik nak kena try buat juga la apam goreng mama tu,kalau dah aiyan minat tu confirm sedap sangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak kadang dia yang siap request nak sarapan itu dengan cicah sambal sardin atau sambal apa-apa

      Delete
  2. Seronok dpt keluar ye
    Mkn rumput

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas dah makan rumput muntah lak itu la kejenya hahhaha

      Delete
  3. Betul Dana, cuaca sekarang memang tak menentu, sekejap panas sekejap hujan. Moga keputusan ambil darah nanti semuanya cantik-cantik belaka ya. Kena jaga makan sikit bulan ni supaya doktor tak marah, hehe..untung la boss lepak depan Dana borak2..boss akak dalam bilik je...boss ppuan kan...

    ReplyDelete
  4. kt shah alam awal panas bila nk ptg time blk mula la mendung lps tu ujan...mmg risau la sbb kalo ujan ptg stuck jammed or air naik sekitar shah alam...

    ReplyDelete
  5. Cuaca tak menentu dengan awning tudung tu macam berkait pul;ak, Dana.

    ReplyDelete
  6. Hehe rasa pelik kucing jadi kambing.

    ReplyDelete
  7. Alahai lipan tuh seraaaaam saya lihatnya kak 🫨🫨. Berani sangat pegang pakai tisu 😂. Saya geli dan takut pastinya

    ReplyDelete
  8. lipan bahaya tu bisa kalau disengat

    ReplyDelete
  9. Photo diary seperti ini enak banget dilihat karena terasa personal dan hangat. Setiap fotonya seperti punya cerita kecil sendiri, jadi bukan cuma sekadar kumpulan gambar saja. Suasananya juga terasa tenang dan estetik, bikin pembaca ikut menikmati momen-momen sederhana yang dibagikan

    ReplyDelete
  10. Cuaca redup hujan sekarang ni. Lipan tu awwww seram.

    ReplyDelete
  11. Kucing ye. Ingat kambing tadi. ha ha ha

    ReplyDelete
  12. Gambar berbicara..menarik saya baca, keikhlasan seorang blogger..semoga beransur sihat ya..

    ReplyDelete
  13. Maksud saya semoga bacaan darah bertambah baik..kandungan gula dan kolestrol ..

    ReplyDelete
  14. Makcik Bedah lawo takpe Dana hihi

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...