Thursday, May 14, 2026

PHOTO DIARY #15/2026

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi mendung ingatkan nak hujan tapi rupanya panas tengahari ni. Cuaca sekitar KL dan Selangor yang kejap hujan kejap panas tadi dekat centre felda pun ramai adik misi yang tak sihat dok batuk-batuk. Mujur aku memang sentiasa bawak gula-gula woods jadi bagi la kat mereka yang batuk tu. Kalau mereka sakit sapa lah yang nak jaga kami nanti kan. Jom kita layan cerita bergambar.

Biasa pagi memang tudung masih lagi well behave heheheh 


Tapi ini gambar pagi semalam masa sarapan kt kedai, tengok dah rupa makcik bedah hahahha


Hari ini kene ambil darah, biasanya 3 bulan sekali kene ambil darah lepas tu bulan depan doktor datang. Kita tengok la apa yang turun apa yang naik, kalau tinggi tak jaga makan kang kene marah heheheh

Aku jual apam goreng dengan kari sardin kat kedai Puspanita

3 keping apam dan 1 bekas kari tu RM4.50

Semalam petang tak hujan bawak dia keluar makan rumput, dah macam bela kambing pulak kan hahahah


Minggu lepas kan PA dia mc seminggu, minggu ini dah ada la teman borak dia semula

Ahad lepas masa nak beli bunga punya lama beratur, Hari Ibu kan

Musim hujan ni dia pun muncul

Kalau hari sabtu memang cacamarba aku punya warna baju, memang hentam saja hahahah

Peminat setia apam goreng mamanya

Sesekali bagi dia bersosial

1 comment:

  1. acik nak kena try buat juga la apam goreng mama tu,kalau dah aiyan minat tu confirm sedap sangat tu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...