Wednesday, November 26, 2025

TERLALAI

 Assalamualaikum semua,

Kisah semalam tengahari, lepas hd aku masuk pejabat macam biasa kebetulan semalam Aiyan cuti sebab penggiliran SPM. Bila aku masuk pejabat ada kawan datang  untuk bincang pasal jamuan jumaat ini. Sambil bincang jari ni gatal dok garu kaki. Rasanya luka kecil je tapi aku rasa ada benda mengalir, bila tengok kat kaki dah ada darah, lap dengan tisu, mengalir lagi rasanya 3 tisu jugak penuh darah. Aku dah cuak, nasib la ada hansaplast so lepas cuci dengan antiseptic letak la plaster tu. Tapi tak lama tu darah masih lagi banyak sampai mengalir keluar dari plaster tu. 

Silap aku sebab, sebelum habis hd memang akan diberi ubat untuk cair darah. Aku terlupa tentang tu, memang panik la juga. Dalam pukul 2 petang ada budak pejabat ambil kain kasa tu dia suruh balut kat kaki selepas letak plaster. Lewat petang dalam pukul 3 masih ada darah keluar lagi balut lagi sampai rumah malam baru ok. Memang berdebar jugak masa jadi, kepala pening sebab darah banyak jugak keluar. Silap sendiri kan harap lepas ni beringat la supaya tak gatal mengaru sampai berdarah.

Plaster yang kedua pun berdarah gini... masa tu memang dah debar dah


18 comments:

  1. Allahuakbar...seram pula kita..padahal, luka menggaru je...moga yang baik² untuk kak Dana

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar. Kita pulak yang risau kak Dana. Banyak darah keluar tu. Harap tak ada apalah tu. Kena sentiasa beringat lepas ni. Risau terjadi lagi. Semoga baik-baik je. Take care kak Dana.

    ReplyDelete
  3. Take care Dana. Kak Amie yang baca ni pun naik risau pula.

    ReplyDelete
  4. Take care Dana...Dana memang pilih cuci darah ye..x buat CAPD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak dana tak pilih capd, dana rasa tak mampu nak buat sebab kekangan masa

      Delete
  5. Agaknya ada luka belum kering terkopek tu berdarah. Pulak tu ada ambil ubat cair darah, semoga baik² jer la Dana dan tiada yg memudaratkan.

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar Dana..seriaunya tengok darah..tapi kalau gatal memang sedap garu sampai tak sedar,akak pun kadang tempat kena gigit nyamuk sedapnya garu sampai melecet

    ReplyDelete
  7. Kak dana, saya yg baca pun ikut panik. Terlupa karena obat pengencer darah itu yaa. Harap2 sekarang dah baik kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sebab ubat cair darah tu, malam tu dah ok dah

      Delete
  8. biasa juga kadang-kadang sedap menggaru hingga terlupa.. moga tiada yang serius dan semuanya baik-baik aje..

    ReplyDelete
  9. Akak panik nampak darah ni. Moga semuanya baik2 ya....

    ReplyDelete
  10. Allahu Rabbi, semoga yang baik-baik sahaja buat Dana, jaga kesihatan ye DIk

    ReplyDelete
  11. Kalau makan ubat cair darah, memang lambat darah berhenti kalau terluka..
    Lepas ini memang kena lebih hati-hatilah Dana..
    Tapikan, Sha faham ja perasaan Dana masa menggaru tu.. Kitanya sedap ja garu sebab gatal, tau-tau berdarah..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...