Assalamualaikum semua,
Kisah semalam tengahari, lepas hd aku masuk pejabat macam biasa kebetulan semalam Aiyan cuti sebab penggiliran SPM. Bila aku masuk pejabat ada kawan datang untuk bincang pasal jamuan jumaat ini. Sambil bincang jari ni gatal dok garu kaki. Rasanya luka kecil je tapi aku rasa ada benda mengalir, bila tengok kat kaki dah ada darah, lap dengan tisu, mengalir lagi rasanya 3 tisu jugak penuh darah. Aku dah cuak, nasib la ada hansaplast so lepas cuci dengan antiseptic letak la plaster tu. Tapi tak lama tu darah masih lagi banyak sampai mengalir keluar dari plaster tu.
Silap aku sebab, sebelum habis hd memang akan diberi ubat untuk cair darah. Aku terlupa tentang tu, memang panik la juga. Dalam pukul 2 petang ada budak pejabat ambil kain kasa tu dia suruh balut kat kaki selepas letak plaster. Lewat petang dalam pukul 3 masih ada darah keluar lagi balut lagi sampai rumah malam baru ok. Memang berdebar jugak masa jadi, kepala pening sebab darah banyak jugak keluar. Silap sendiri kan harap lepas ni beringat la supaya tak gatal mengaru sampai berdarah.
![]() |
| Plaster yang kedua pun berdarah gini... masa tu memang dah debar dah |



Allahuakbar...seram pula kita..padahal, luka menggaru je...moga yang baik² untuk kak Dana
ReplyDeleteitulah sebab darah dah cair
DeleteAllahuakbar. Kita pulak yang risau kak Dana. Banyak darah keluar tu. Harap tak ada apalah tu. Kena sentiasa beringat lepas ni. Risau terjadi lagi. Semoga baik-baik je. Take care kak Dana.
ReplyDeleteSemalam je tu, tersilap sendiri hahahha
DeleteTake care Dana. Kak Amie yang baca ni pun naik risau pula.
ReplyDeleteterima kasih kak
DeleteTake care Dana...Dana memang pilih cuci darah ye..x buat CAPD?
ReplyDeleteye kak dana tak pilih capd, dana rasa tak mampu nak buat sebab kekangan masa
DeleteAgaknya ada luka belum kering terkopek tu berdarah. Pulak tu ada ambil ubat cair darah, semoga baik² jer la Dana dan tiada yg memudaratkan.
ReplyDeletejari tu gatal mengaru kak hahaha
DeleteAllahuakbar Dana..seriaunya tengok darah..tapi kalau gatal memang sedap garu sampai tak sedar,akak pun kadang tempat kena gigit nyamuk sedapnya garu sampai melecet
ReplyDeleteItulah kak silap sendiri jugak hahahha
DeleteKak dana, saya yg baca pun ikut panik. Terlupa karena obat pengencer darah itu yaa. Harap2 sekarang dah baik kak
ReplyDeleteAah sebab ubat cair darah tu, malam tu dah ok dah
Deletebiasa juga kadang-kadang sedap menggaru hingga terlupa.. moga tiada yang serius dan semuanya baik-baik aje..
ReplyDeleteAkak panik nampak darah ni. Moga semuanya baik2 ya....
ReplyDeleteAllahu Rabbi, semoga yang baik-baik sahaja buat Dana, jaga kesihatan ye DIk
ReplyDeleteKalau makan ubat cair darah, memang lambat darah berhenti kalau terluka..
ReplyDeleteLepas ini memang kena lebih hati-hatilah Dana..
Tapikan, Sha faham ja perasaan Dana masa menggaru tu.. Kitanya sedap ja garu sebab gatal, tau-tau berdarah..