Tuesday, November 4, 2025

BELI UBI KAYU DI TIKTOK

 Assalamualaikum semua,

Sekarang ni kan kalau malas nak keluar membeli barang boleh beli di shoppe atau tiktok. Baru-baru ini aku nampak di tiktok live ada yang jual ubi kayu, tengok harga macam murah terus la kita beli. Dalam 4 ke 5 hari jugak baru sampai ubi kayunya. Tapi ok lah harga murah ubi pun elok, aku guna voucher dan dapat percuma penghantaran. Masa aku cerita beli ubi kayu di tiktok kawan-kawan gelak ingatkan aku gurau bila aku tunjuk ini diaorang macam ooo boleh cuba lah nanti hahhaha. Kawan-kawan pernah ke beli sesuatau yang `rare` di tiktok atau shoppe?





sedap empuk

aku goreng ubi rebusnya dan makan dengan sambal kicap

19 comments:

  1. sedapnya ubi kayu rebus cicah sambal bilis

    ReplyDelete
  2. tk pernh plak mkn yg goreng..biasa rebus

    ReplyDelete
  3. Belum pernah cuba beli barang rare macam ni Dana.
    Alhamdulillah cantik dan helok ubi kayunya.
    Masa pergi Terengganu baru-baru ni hotel tempat Mrs. A check in ada sediakan ubi kayu cicah kelapa parut dan gula merah masa breakfast bertambah Mrs. A dan anak bongsu makan heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah pantai timur memang makan dengan kelapa parut dan gula merah... kalau belah johor suka ngn sambal bilis

      Delete
  4. Kalu ok qlhqmdulillqh risauuu kan beli kat tiktok takut ubi x elok

    ReplyDelete
  5. ok cantik nampak kejadian ubi kayu tu.. tu la kadang2 benada yang kita tak terfikir pun ada jual online

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah orang kata kt tiktok ni mak ayah je yang takde jual semua yg lain ada

      Delete
  6. Cantik pulak ubi dia ye...
    Akak pernah beli Ubi Keledek...puas hati jugak...

    ReplyDelete
  7. Walaupun 4-5 hari ubi masih ok kan Dana.
    Memang sangat menyenangkanlah kalau dapat beli ubi melalui TT.

    ReplyDelete
  8. terliur la pulak nampak ubi goreng Dana tu

    ReplyDelete
  9. nasib baik akak angin kalau makan ubi

    ReplyDelete
  10. kalau TT tu boleh courierkan mak abah kita dari kampung ammi confirm itu pun Dana masuk dalam shopping cart hahaha

    ReplyDelete
  11. Senang semuanya dihujung jari je. Ada nampak orang jual daun kering. Ada yang beli batu bata, angin laut lah. Macam-macam ada. Sedapnya ubi rebus cicah sambal tumis.

    ReplyDelete
  12. Uiii....tak terfikir pulak boleh beli ubi kayu kat tiltok

    ReplyDelete
  13. Sha pernah beli ubi kemili dekat shopee.. masa ini teringin nak rasa dan tau tu yang cari dekat shopee.. kikiki..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...