Assalamualaikum semua,
Sekarang kerajinan aku masih ada lagi, kalau tak jumaat selalu sunyi tanpa resepi kan. Hehhehe tapi itulah kadang masak resepi sama je itu yang tak kongsi tu. Kupang ni aritu aku kirim kat adik aku masa dia balik kampung. Ada sepupu yang jual kupang ni elok besar isi nya, dia dah buang kulit dan bersih takde rambut atau cengkerang dia. Puas hati beli 1 bekas RM16.00. Jom tengok resepi nya.
Bahan-bahan:
250gm kupang
4 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang holland, hiris
2 ulas bawang merah kecil, hiris
2 batang serai
1/2 inci halia, potong nipis
6 biji cili api potong 2
4 sudu besar sos cili
Garam
Daun bawang
Cara masak:
- Tumiskan semua bahan tumisan, hingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan kupang, gaul-gaul lepas tu masukkan sos cili.
- Tutupkan kuali dengan penutup biar kupang masak untuk 10-15 minit.
- Masukkan garam dan akhir sekali daun bawang. Siap










Sedapnya .lama tak makan kupang nie
ReplyDeleteCantik bersih jer kupang tu...kalo kopek sendiri jenuh...
ReplyDeleteSedapnya, sy penggemar kupang tau, Dana.
ReplyDeleteHaritu masa ke Muar husband cari2lah juga org jual kupang sebab katanya dulu bersepah orang jual di kiri kanan jalan. Masa gi tu nampak signboard tp kedainya semua kosong takde orang
ReplyDeletepuas hati beli yang dah siap kopek,besar2 isi tu sedap makan
ReplyDeletesedapnya masak kupang cara Dana
ReplyDeleteSedapnya lama jugak rasanya tak makan kupang ni. Susah nak jumpa kat sini.
ReplyDeletelauk yg jarang dimasak kat rumah ni. teringin bebenor nak makan kupang ni. yummy...
ReplyDeleteAlaaa..terus teringin nak makan kupang plak..
ReplyDeleteSelalu juga beli kupang yang segar
ReplyDeleteRebus aje terus ratah
Kalau di sini Kupang itu kerang yg kecil2 banget, dan amis sangat kak. Jadi saya memang tak suka.
ReplyDeleteTapi kalau kerang besar macam ini, saya lupa namany. Yg pasti saya sukaaaa kalo size dia besar. Dibuat sambal pastilah sedaap yaa 😍😍
terliur lak tengok, dah lama tak makan kupang, selalunya akak rebus atau buat lomak cili api je...
ReplyDeleteAduii Dana, sedapnya.
ReplyDeleteSedapnya kupang. Tapi susah nak jumpa di LD.
ReplyDeleteDulu di kampung selalu rebus cicah air asam. ratah jew gitu.
Sedapnya......mana nak cari ni
ReplyDelete