Monday, October 27, 2025

KL PARK FESTIVAL DI TASIK TITIWANGSA

 Assalamualaikum semua,

Sepatutnya minggu lepas nak kongsikan cerita ini tapi terlupa pulak. Jadi kita cerita hari ini lah pasal kisah Festival Park ini. Festival ini di buat pada 17 hingga 26 Oktober yang lepas. Hari ahad 19hb tu kami dah pergi masa tu pukul 10.30 pagi memang penuh parking jadi kami balik je. Isnin tu kan cuti Deepavali pukul 8 pagi kami dah sampai situ. Dapat parking dekat dengan pintu masuk, sarapan di gerai tepi sebelum masuk ke tasik pada pukul 9 pagi. 

Masa mula tu, jalan-jalan tengok gerai-gerai yang jual pokok. Pelbagai jenis bonsai, bunga orkid tapi aku tengok jelah tak terasa nak beli. Lepas tu jalan lagi dekat separuh tasik juga berjalan baru jumpa pelbagai sususan dan gubahan bunga. Cantik dan leka betul menengoknya. Sampai ke bahagian dekat pentas utama tu aku dah kepenatan, tak sanggup nak habiskan 1 pusingan. Jadi balik la kita, sambil tu kejap-kejap duduk sebab kepenatan. Kalau datang waktu malam lagi best, lampu-lampu nya lagi meriah. Dia lebih kurang macam floria tapi versi mini gitu hehehe.


Cantik tau, bunga yang diawet dan tahan sampai bertahun

bunga yang sekuntum tu RM50, yang besar atas tu Rm500




































9 comments:

  1. Seronoknya
    Kan dpt pegi
    Akak dpt tgk gambar2 je he hee
    Tgk org tunjuk gambar je thn ni xda rezeki dpt pergi

    ReplyDelete
  2. macam masuk alam fantasy..bunga awet tu cantiknya tapi harga dia mahal nau ye

    ReplyDelete
  3. seronok la Dana pi situ, beli pokok bunga tak? eh dia ada jual pokok bunga ke...macam more to pameran je kan..akak x tau la pasal festival ni..ke tak banyak publisiti pasal ni

    ReplyDelete
  4. cantiknya taman penuh bunga2 best santai2 di sini

    ReplyDelete
  5. Banyak steps dapat berjalan ni luas tempatnya. Baru ni masuk berita pasal festival ni.

    ReplyDelete
  6. Cantik n bestnya...dah lama tak pergi Taman Tasek Titiwangsa...
    Haritu ada sekali konon nak masuk, sekali penuhhh beratur kereta dari Jalan Tun Razak tu...terus tak jadi..
    Padahal masa tu bukan ada apa-apa function pun...tunggulah lain kali kalau terpergi situ lagi..

    ReplyDelete
  7. Oh, Tasik Titiwangsa! Menggamit kenangan zaman puba kala bersama toyol ambil angin petang di situ.

    ReplyDelete
  8. Aduh!! Bestnya.. Syok cuci mata ini.. Lama tak ke Tasik Titiwangsa ini..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...