Friday, October 3, 2025

RESEPI INTI SAMOSA KENTANG + AYAM

 Assalmualaikum semua,

Pagi ini sejuk betul pukul 7 tadi hujan masih tak berhenti lagi ni. Kejap lagi nak ambil Aiyan pulak ni. Jom kita tengok resepinya .


Bahan-bahan:

6 biji kentang, potong dadu

1 batang carrot, potong dadu

1 biji bawang holland , potong dadu

5 ulas bawang putih, cincang

1 pek kecil serbuk kari ayam babas

1 pek ayam kisar

gula / garam

air secukupnya

Daun bawang / daun sup

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang holland, masak hingga kekuningan.

- Masukkan serbuk kari  yang dah di bancuh dengan air panas, masak hingga pecah minyak.

- Masukkan kentang dan carrot, tambahkan air dan kiub ayam. Tutupkan dengan penutup masak hingga kentang dan carrot lembut.

- Masukkan ayam kisar, campurkan semua hingga sebati, tambahkan gula 3 sudu dan garam.

- Akhir sekali tambahkan daun bawang atau daun sup, masak hingga inti kering.










20 comments:

  1. Akak x pandai buat samosa tapi suka makan samosa...oooo mcm tu cara lipatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe dana pun suka, lipat tu bila dh tahu cara mudah itu yg senang

      Delete
  2. Kita bookmark sini, nak try buatlah weekend nanti.

    ReplyDelete
  3. Cantik lipatnya tu. Tak pernah melipat samosa.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi buat, biasanya beli yang dah goreng atau yang frozen aje

    ReplyDelete
  5. inti confirm sedap tambah kulit samosa yg rangup pas di goreng. sedap!!!

    ReplyDelete
  6. Wah..ni resipi yang terbaik..nak buat lah nanti..tahniah ramai nak masak ni nanti hehehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya samosa Dana ni. Kala dekat memang mintak sikit.

    ReplyDelete
  8. Ini snack fav saya lah kak dana 😍😍😍. Nak buat lah nanti. Tinggal bubuk kari nih saja yg tak ada . Nanti mau cari. Paling sukaaaa kalo isian kentang seperti ini

    ReplyDelete
  9. Sedapnya samosa. Kalau buat sendiri puas makan kan Dana. Ahad lepas belikan Firdaus samosa di pasar tani. Kita dapat makan dua ketul jew hahahaaa.

    ReplyDelete
  10. ammi suka betul kalau org jual karipap yg intinya ada letak daun sup/daun bawang...wangiiii je

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...