Friday, October 10, 2025

RESEPI MEE GORENG MAMAK KUALI BESAR


 Assalamualaikum semua,

Hari ini rilex sikit waktu tengahari, Edy masih lagi cuti sakit jadi dia yang ambil Aiyan kat sekolah. Dapat la aku rehat lama sikit tak payah keluar tenghari ini. Jom la kita layan cerita bergambar jom. Ini menu aku mula jual minggu lepas, mee goreng mamak. Ini aku bagi resepi ikut aku masak dengan kuali besar ya.

Bahan-bahan: 

7 ulas bawang putih, kisar
3 biji bawang holland, kisar
1 mangkuk kecil udang kering, kisar
1 mangkuk kecil bilis, kisar
6 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
1 kiub ayam
3 kilo mee kuning ( rendam dalam air yang dicampur gula pasir 2 sudu untuk 10 minit untuk hilangkan rasa kapur)
1 plastik fish cake
Tauhu yang di goreng, potong dadu
1 batang carrot, potong nipis
5 batang sawi
sedikit udang (boleh guna apa-apa lauk)
4 biji telur
kicap secukupnya
Daun sup
Gula dan garam
Tauge

Cara masak:

- Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak, masukkan sos tiram dan sos cili kacau lagi hingga sebati. Masukkan gula kacau lagi. 
- Masukkan carrot dan fish cake, kacau dan biar hingga masak. Masakkan tauhu yang telah di potong dadu.
- Kacau lagi tambahkan garam, masukkan sedikit air dan masukkan mee kuning.
- Tambahkan kicap dan kacau lagi. Masukkan sawi dan udang. (udang aku guna ni yang jenis frozen jadi dia dah separuh masak)
- Masukkan telur, kacau hingga mee bersalut dengan telur. Tutupkan sekejap mee biar masak sebati. 
- Bila dah cukup perisa semua,  masukkan daun sup dan tauge. Kacau dan matikan api. Aku suka tauge yang ranggup lagi. Sedia di hidangkan.

















25 comments:

  1. Nampak taugeh dalam mi goreng tu, sedapnya Dana!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya cukup lengkap siap ada limau kasturi. Ada cili jeruk lagi padu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada cili jeruk tak boleh jual rm6 lagi sbb bekas je pun dh mahal huhuhu

      Delete
  3. sedapnyaaaa....siap ambik order, best

    ReplyDelete
  4. Dana ni kan.... Kalau dekat, memang mintak sepiring 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa akak mana heran, akak lagi pakar masak dari dana

      Delete
  5. Uishh..sedapnya Dana 😋
    Bagus ni siap bagi peket sos cili. Mi goreng memang lagi sedap makan dengan sos cili.

    ReplyDelete
  6. Nampak menyelerakan sangat, mee goreng Dana ni. Dapat ilmu baru ni cara nak hilangkan rasa kapur dalam mee. Dana pernah dengar atau baca tak, ada yang letak peanut butter masak mee goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. peanut butter tu tak pernah dengar kak... rare betul tu

      Delete
  7. tu jual mee goreng mamak siap tapawe mahal ke mbakyu dana? hehe, untunglah

    ReplyDelete
  8. Sedapnya, tengok mee goreng Dana buat. 😋

    ReplyDelete
  9. Salah satu kuliner yg saya suka pesan juga kalo ke resto mamak. 😍😍😍😍. Issh jadi kepengin kak 😍. Dah lama tak makan ini. Sampai KL langsung saya cari lah 😍😍😍

    ReplyDelete
  10. Dana.. Sedapnya.. Tapi nak tanpa taugeh, boleh tak.. kikiki..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...