Wednesday, October 22, 2025

BUNGA BLOCK ECOSHOP

 Assalamualaikum semua,

Isnin cuti memang tak buat entri, selasa lupa sebab sibuk hehehhe. Hari ini baru la ada masa menulis kejap. Mulanya nak buat WW tapi rasa hari ini nak bercerita la. Cerita pasal hobi baru, hehehhe gitulah kita kan. Hidup bosan kalau takde sesuatu untuk dibuat. Kisahnya aku ternampak orang kongsi kat tiktok pasal bunga block ecoshop. Jadinya aku teruja la nak mencuba jugak sebab cantik. Cumanya kan bila dah beli tu, aku sempat la buat 3 pokok bunga. Menguji kesabaran betul, udahnya aku buat yang mudah je. Aku beli banyak jenis bunga pastu yang susah-susah aku biarkan je. Esok pagi aku bangun tengok dah jadi bunga cantik. Bila cek cctv rupanya Edy yang buatkan bunga tu. Hahahah pastu semua bunga dia buat. 


Ini yang aku buat, ini pun dah mencabar minda nak siapkan


Ini bunga raya, tapi itulah aku dapat buat pasu dia je... lepas tu aku biarkan je sebab banyak



Bangun pagi tu... tara dah siap

akucuba buat yang ini pulak pokok tulip

Bolehla walau masa ini aku rasa nak buang je sebab asyik tercabut je hahahha

Aku bukak  yang ini pulak., tapi bila tengok halus-halus banyak tu aku biar je kat kotak



Pastu taraaa, Edy buatkan siap cantik kan

ini jugak

ini jugak...

cantik kan...

14 comments:

  1. benda ni usahlah dekatkan dengan akak sebab akak bukan jenis yang sabar..hahahahaha

    ReplyDelete
  2. tinggal tido je, esok dha siap...wah, bestnya...kikiki

    ReplyDelete
  3. Orang sabar dan teliti je boleh buat ni. Akak tak temasuk golongan tersebut 😁
    Sweet-nya Edy buatkan untuk Dana ❤️

    ReplyDelete
  4. wow cantiknya rajin tu membeleknya

    ReplyDelete
  5. Anak buah Cie buat ni ada nampak hari tu kat rumahnya.

    ReplyDelete
  6. Wahhh ada yang tolong buat, best nya. Cantik lahh

    ReplyDelete
  7. comel Dana, tapi kak ana tak boleh dah nak tekun ngadap benda halus-halus gini, boleh jadi stress hahaha ! :)

    ReplyDelete
  8. Wah, Edy pun tolong siapkan!
    Memang penyabar sungguh dia.

    ReplyDelete
  9. Banyak dah koleksi Dana ni. Nak buat memang kena fokus dan banyak2 bersabar.

    ReplyDelete
  10. Cantik semuanya.. Anak Sha pun suka beli bunga blok ni..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...