Friday, August 1, 2025

RESEPI BUAH KELAPA SAWIT SIRA GULA

 Assalamualaikum semua,

Ingat tak hari tu masa Maktek balik kampung dia ada bawakan biji kelapa sawit? Ini la projeknya. Ada kawan pejabat teringin makan biji kelapa sawit sira. Aku pula nak makan kelapa sawit rebus tabur gula, macam arwah nenek pernah buat masa aku kecik dulu. Nak buat bingka buah kelapa sawit tapi macam tak berapa rajin pulak hehehe. 

Bahan-bahan:

15-20 ulas kelapa sawit

Gula

Air

Cara Masak:

- Bersihkan kelapa sawit, cuci pastu toskan.

- Rebuskan dalam 15 ke 20 minit, masa tu  kami guna noxxa. HP 15 minit

- Keluarkan separuh dan tabur gula

- Separuh lagi, buang air rebusan. Tambah gula dan sedikit air dan kita gaul untuk sira dia.

- Dah sejuk boleh makan ,sesiapa yang tak pernah cuba, boleh la cuba.




lepas kita basuh bersih

Kita tabur je dengan gula aku suka makan gini, harum bau dia





Ini yang di sira, sedap juga tapi aku prefer yang tabur gula je

30 comments:

  1. pertama kali dengar buah kelapa sawit boleh di makan macam ni.. boleh dikomersilkan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi tak boleh makan banyak, kolesterol hahah

      Delete
  2. Sekali pandang macam makan kurma. Boleh makan begitu rupanya.

    ReplyDelete
  3. sedap ni.. dah lama tak makan.. dulu masa mak mengajar kat sekolah felda, sesekali dia bawak balik sawit sira ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada jugak kawan yang duduk felda tapi tak pernah jumpa menu ini

      Delete
    2. saya la antara anak FELDA yang tak pernah jumpa dan tau ada menu gini

      Delete
  4. Pernah tengok kat TV cara buat Bingka Kelapa Sawit, tapi first time tengok yang rebus macam ni..macam sedap je Dana...rasanya macamana ye?

    ReplyDelete
  5. Seumur hidup ddk Felda x pernah dan tgk kelapa sawit buat macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua orang pernah rasa menu ini hehehheh

      Delete
  6. Kak SA baru tau hari ni masa baca entry Dana ni...eh..boleh erk buat macam ni...apa rasa dia Dana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh, rasa dia lemak berkrim kak, pastu ada manis cuma mulut berminyak sikit last tu heheh

      Delete
  7. Ohh boleh makan mentah terus ye kak Dana. Pernah nampak orang buat bingka dan ada juga cendol santan sawit. Tapi tak pernahlah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di rebus dulu dik, kan tulis rebus hahahha mana blh mkn mentah keras hahhaha.... cendol tu guna santan dia mmg ada

      Delete
    2. Itulah tu, pelik pulak dimakan keras mentah. Terlepas pandang part rebus tu. Tengok rupa pun macam fresh. Maafkan saya.

      Delete
  8. nostalgia ... baunya sedap bila direbus

    ReplyDelete
  9. Aiiih kak dana, kalo tak baca ini, tak akan tahu saya kelapa sawit bisa dibuat begini 😅😅. Saya pikir harus diolah dipabrik menjadi minyak, sabun dll 🤣.

    Cuma susah kalo di tempat saya cari buah sawit begini 😄. Jadi kalau sudah di masak dalam noxxa, jadi lembut buah dia ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya boleh di makan begini dibuat kuih bingka pun boleh jugak. Akak ni kalau balik kampung baru jumpa kat bandar takde pokok sawit

      Delete
  10. Teringat jamanwak kecik2 dulu
    kalau cuti penggal sekolah aje pasti kerja kat estet kelapa sawit.
    Biji sawit godog inilah santapan utama petang2.
    Satu lagi, nyongkel buah sawit muda makan degun dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngonyel kelapa sawit muda tak pernah makan wak, sedap ya... hahahah

      Delete
  11. Terimbau kenangan lalu, berebut makan kelapa sawit rebus.

    ReplyDelete
  12. Ooo boleh makan ni biji kelapa sawit..baru tahu..nampak macam biji pinang

    ReplyDelete
  13. Dana ada rasa macam makan minyak tak hihi....

    ReplyDelete
  14. cekodok buah sawit pernah makan masa kecik dulu tp dah lupa dah macam mana rasanya.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...