Friday, August 22, 2025

RESEPI AYAM PAPRIK

 Assalamualikum semua,

Berjumpa lagi di hari jumaat, yakyakyeh esok lusa boleh rehat kat rumah. Gini lah orang yang kerja kan kalau dapat cuti seronok betul rasanya. Lagilah bila kau pulak buat kerja lain selain kerja hakiki. Oklah aku nak kongsikan pasal resepi paprik ayam. Walaupun ramai mesti tahu nak masak tapi aku nak kongsi jugak cara aku. 


Pasal gambar ini, budak pejabat aku naik Gunung Kinabalu untuk buat kerja pengukuran puncak-puncak di Kinabalu. Jadi mereka akan bawak alat untuk mengukur dan beg oren tu lah beg untuk bawak alat mereka. Bukan la mereka sengaja nak bawak beg oren itu tapi ada sebabnya. Penerangan sebab ramai yang ingatkan itu beg pakaian mereka. Itu je sekian


Bahan-bahan:

1 biji bawang holland- potong nipis
5  ulas bawang putih, hiris nipis
7 biji cili api ketuk
3 batang serai ketuk
1 batang lobak
500gm dada ayam
1 mangkuk bunga kobis
1 mangkuk buncis
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Gula dan garam
3 sudu besar cili boh
Air secukupnya
5 helai daun limau purut

Cara Masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang holland, cili api, dan serai hingga naik bau.
- Masukkan cili boh, tambahkan air sedikit masak hingga cili pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Masak hingga ayam masak.
- Tambah air 1 cawan, masukkan lobak,bunga kobis dan kacang buncis.
- Kacau-kacau pastu masukkan sos cili dan sos tiram.
- Masukkan daun limau purut, perasakan dengan gula dan garam. 
- Kalau rasa suka kuah tambah air lagi kalau tak biar pekat. 











Gambar yang dah siap masak aku lupa nak ambil, yang dah siap bungkus pun lupa nak ambil... maaaf

19 comments:

  1. sedap tu ayam paprik...akak biasa masak paprik campur..aritu guna pes paprik husband beli kt rosyam mart sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paprik campur sedap tu, pakai paste lebih mudah kak

      Delete
  2. sis tak biasa masak paprik.. boleh la cuba resepi sis dana lepas ni.. tq share resepi.. ^^

    ReplyDelete
  3. kak ana ingat tadi gambar atas tu staff Dana jadi rider Shopee huhu :) owh kena naik gunung KInabalu ye untuk buat pemetaan sana, mencabar juga tu.. sedap masak paprik sekali sekala.

    ReplyDelete
  4. Ooo gitu...salah faham...mekasih terangkan...maaf jugak..

    ReplyDelete
  5. rajin dana sedap paprik boleh cuba risepinya

    ReplyDelete
  6. Pernahlah makan nasi paprik
    macam nilah lauknyer

    ReplyDelete
  7. Wahh naik Kinabalu untuk kerja pengukuran. Sedap paprik Dana ni.

    ReplyDelete
  8. Warna-warni kejadian ayam pabriknya. Menggoda selera tu Dana.

    ReplyDelete
  9. alat alat pengukuran ni kan sensitif, kena la bawa dalam beg yang kalis hentakan, kalis gegaran, kalis cuaca bagai. harga alat pula... ya ampunnn... mahal yaamat

    ReplyDelete
  10. Ini salah satu menu langganan saya di kantin kampus, saat kuliah di Penang. Murah, sedap 😄. Tahun lalu ke Penang, saya senaaaang sangat ketemu warung makan yg jual paprik daging. Langsung pesan, macam terobati rindu zaman2 kuliah 😄

    ReplyDelete
  11. Fav Kak SA tapi selalu buat bahagian yang best2 potong kecik2

    ReplyDelete
  12. Oo macam tu rupanya. Bagus juga kak Dana terangkan.
    Sedap ayam paprik, meriah sayurnya tu saya suka.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...