Assalamualikum semua,
Berjumpa lagi di hari jumaat, yakyakyeh esok lusa boleh rehat kat rumah. Gini lah orang yang kerja kan kalau dapat cuti seronok betul rasanya. Lagilah bila kau pulak buat kerja lain selain kerja hakiki. Oklah aku nak kongsikan pasal resepi paprik ayam. Walaupun ramai mesti tahu nak masak tapi aku nak kongsi jugak cara aku.
Bahan-bahan:
1 biji bawang holland- potong nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
7 biji cili api ketuk
3 batang serai ketuk
1 batang lobak
500gm dada ayam
1 mangkuk bunga kobis
1 mangkuk buncis
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Gula dan garam
3 sudu besar cili boh
Air secukupnya
5 helai daun limau purut
Cara Masak:
- Tumiskan bawang putih, bawang holland, cili api, dan serai hingga naik bau.
- Masukkan cili boh, tambahkan air sedikit masak hingga cili pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Masak hingga ayam masak.
- Tambah air 1 cawan, masukkan lobak,bunga kobis dan kacang buncis.
- Kacau-kacau pastu masukkan sos cili dan sos tiram.
- Masukkan daun limau purut, perasakan dengan gula dan garam.
- Kalau rasa suka kuah tambah air lagi kalau tak biar pekat.












sedap tu ayam paprik...akak biasa masak paprik campur..aritu guna pes paprik husband beli kt rosyam mart sedap
ReplyDeletePaprik campur sedap tu, pakai paste lebih mudah kak
Deletesis tak biasa masak paprik.. boleh la cuba resepi sis dana lepas ni.. tq share resepi.. ^^
ReplyDeleteBoleh cuba masak. mudah je
Deletekak ana ingat tadi gambar atas tu staff Dana jadi rider Shopee huhu :) owh kena naik gunung KInabalu ye untuk buat pemetaan sana, mencabar juga tu.. sedap masak paprik sekali sekala.
ReplyDeletehahahha yelah shoppe pun boleh jugak kan
DeleteOoo gitu...salah faham...mekasih terangkan...maaf jugak..
ReplyDeletetakpe2...
Deleterajin dana sedap paprik boleh cuba risepinya
ReplyDeletesesaja tukar-tukar resepi kak
DeletePernahlah makan nasi paprik
ReplyDeletemacam nilah lauknyer
ya betul tu wak, rupa lebih kurang sama
DeleteWahh naik Kinabalu untuk kerja pengukuran. Sedap paprik Dana ni.
ReplyDeleteaah betul kak...
DeleteWarna-warni kejadian ayam pabriknya. Menggoda selera tu Dana.
ReplyDeletealat alat pengukuran ni kan sensitif, kena la bawa dalam beg yang kalis hentakan, kalis gegaran, kalis cuaca bagai. harga alat pula... ya ampunnn... mahal yaamat
ReplyDeleteIni salah satu menu langganan saya di kantin kampus, saat kuliah di Penang. Murah, sedap 😄. Tahun lalu ke Penang, saya senaaaang sangat ketemu warung makan yg jual paprik daging. Langsung pesan, macam terobati rindu zaman2 kuliah 😄
ReplyDeleteFav Kak SA tapi selalu buat bahagian yang best2 potong kecik2
ReplyDeleteOo macam tu rupanya. Bagus juga kak Dana terangkan.
ReplyDeleteSedap ayam paprik, meriah sayurnya tu saya suka.