Friday, August 15, 2025

RESEPI CUCUR JAGUNG

 Assalamualaikum semua,

Setelah beberapa hari tak sempat nak jenguk dan buat entri. Hari ini baru ada kesempatan nak menulis. Aku nak kongsi resepi mudah dan sedap, sesuai untuk sarapan dan buat minum petang. Ini antara menu baru yang aku jual di kedai jadi aku kongsikan. Jom tengok caranya.

Bahan-bahan:

4 tongkol jagung, di kisar kasar

2 ulas bawang putih, kisar kasar

1 biji bawang merah besar, kisar kasar

1 genggam bilis, kisar kasar

1 batang lobak merah, potong nipis

1ikat daun kucai

1 biji telur

2 sudu besar gula

Serbuk kunyit

Garam secukup rasa

500gm tepung gandum

Air secukupnya

Minyak masak

Cara masak:

- Campurkan semua bahan dalam semua besen besar dan tambah air sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang sedikit pekat.

- Panaskan minyak dan goreng cucur dengan api yang sedang, biar masak elok carrot dan jagung tu.

- Dah  kekuningan boleh angkatp siap.

* Boleh je kalau nak tambah udang dalam tu, lagi sedap . Kucai banyak lagi sedap.







sos tu pun aku buat sendiri hehehehe

23 comments:

  1. sedapnya cucur jagung feveret kak tu

    ReplyDelete
  2. Wah...banak dah jualan Dana...semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. wah smua dr scratch...kt umah ni MIL slalu bli cucur yg instant je brand adabi

    ReplyDelete
  4. Sedap jugak ni buat menu petang ke sarapan pagi ke.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya cucur begini. Semoga dilipatgandakan rezeki Allah.

    ReplyDelete
  6. Banyak rencahnya tu yang sedap. Kalau tambah udang tu lagilah sedap, tambah juga taugeh. Makan panas-panas pulak tu kan. Wah, sos pun buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..., kalau tambah udang nanti harga lain heheheh

      Delete
  7. Banyak bahannya, untung siapa beli cucur buatan Dana ni. Sos pun home made, mesti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita jual macam yang biasa kita masak kat rumah kak...

      Delete
  8. Kalo udah gorengan, paliiiiing suka. Sedaaap. Cucur jagung atau sini sebutnya bakwan jagung salah satu fav saya. Saya suka kalo butiran jagungnya masih berasa. Krn pernah juga mencoba yg jagungnya dibuat halus. LBH sedap yg pipilan jagung masih berbutir

    ReplyDelete
  9. 4 tongkol jagung tu... Biji dia ke atau batang dia? Hahaha sorry tanya org tak biasa masak huhuu... Sedap tu cucur jagung .. sebekas tu sekali hasap jer tu hihhi.. 😅☺️👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 tongkol tu lah ambil jagungnya, takkan nak guna batang jagung yg keras tu pulak.

      Delete
  10. Kena cari jagung ni, sedapnya cucur jagung Dana

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Hantu cucur jagung datang!
    Dana... kenapalah Dana duduk jauh dari kakak. Kalau dekat memang terus order ni.

    ReplyDelete
  13. Menarik sekali, perlu saya coba ini..
    kebetulan lagi cara tentang hal ini.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...