Friday, August 8, 2025

RESEPI AYAM BUTTERMILK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini rajinkan diri buat entri awal, kita nak kongsi resepi ayam buttermilk. Tengah rajin ni kan, menu yang mudah dan sedap juga. 

Nak bagitau aku duduk di tingkat 8, bukan di tempat yang tengah buat renovation tu. Pejabat kami ada 2 tingkat, sebab ramai yang ingatkan aku duduk buat kerja di tingkat 7.


Bahan-bahan:

500gm dada ayam, potong dadu
Tepung bestari
5 ulas bawang putih, cincang
7 biji cili api potong
5 tangkai daun kari
150g mentega
1 tin susu cair
Sedikit garam dan gula
Air secukupnya

Cara Masak:

- Ayam gaulkan dengan tepung bestari dan goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
- Panaskan mentega, masukkan bawang putih, cili api dan daun kari, masak hingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan susu cair, tambahkan sedikit garam dan gula. 
- Bila dah mendidih kecik boleh matikan api.
- Boleh campurkan ayam goreng dalam kuah tu, boleh jugak kalau nak asingkan kuah. Terpulang.



Ayam dada kita gaul dengan tepung

Goreng  dada tu

Panas kan mentega



Semerbak harum masa ni







aku saja boh asing kuah kalau jual

26 comments:

  1. Sampai kat Plaza Sentral bau dah ni...dapnya...fav Dania ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak dana pun suka bau harum butter dan daun kari tu

      Delete
  2. terima kasih share resepi.. boleh la try masak kat rumah nanti.. ^^

    ReplyDelete
  3. sedapnya...emm..
    tq Dana share resepinya

    ReplyDelete
  4. saya pun kadang2 suka buat menu butter chicken ni dan kuah asing. sebab bawak pekal pi keje hehe
    senang nak masak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sedap kuah asing sebab ayam tu ranggup lagi

      Delete
  5. Sedapnya Dana.
    Ni, kalau abang Farid di rumah, dialah yang ulang-ulang kali masak begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat pulak kalau udang kak sedap betul masak menu ini

      Delete
  6. Ayam buttermilk letak cili macam kak Dana baru best, tak rasa muak. Ayam pulak tu rangup disalut dengan tepung bestari. Memang elok asingkan kuah kalau jual. Tahan lama dan tak soggy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kene ada cili api, itulah kalau nak letak kuah sekali jadi benyek ayam tu pulak kan...

      Delete
  7. Lepas ni bolehlah buatkan akak udang buttermilk..

    ReplyDelete
  8. wahhh. buat jualan ye. ni favorite anak akak ni. suka betul dia.

    ReplyDelete
  9. Pernah waktu itu buat sendiri, tp tak pakai daun kari sebab di pasar dekat rumah saya susaaah daun kari ini. Jadi rasa chicken buttermilknya kurang lengkap lah 😅. Thank you resepnya kak Dana. Nanti nak buat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau takde daun kari kurang kick rasanya

      Delete
  10. rajin dana buat jualan sedap tu

    ReplyDelete
  11. Sedapnyaaa..kalau udang pun sama kan Dana?

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...