Friday, December 13, 2019

RESEPI MASAK LEMAK LABU

As salam semua kawan-kawan,

Dah nak habis minggu ke 3 cuti sekolah, tak sabar nk tunggu minggu depan wei. Hari ini aku nak kongsi cara aku masak lemak labu kuning. Selalunya aku suka tambah sayur hijau macam bayam atau sawi sekali dengan masak lemak labu ni. Tapi udah si edy takde beli sayur, gini aje pun dah ok.

Cara aku masak memang super mudah dan simple... tapi sedap tau hasilnya, aiyan dan edy memang suka.

Bahan-bahan:

Suku labu kuning, di buang kulit dan potong sedang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sejemput bilis
3 ulas bawang putih, hiris halus
4 ulas bawang merah kecil, hiris halus
1/2 kotak kecil santan
sedikit garam
Air secukupnya

Cara masak:

- Rebuskan 2 cawan air dengan bawang putih, bawang merah dan bilis hingga mendidih
- Masukkan labu dan serbuk lada hitam, tutupkan periuk sebentar
- Bila labu dah empuk, boleh masukkan santan, boleh tambah air sikit dan garam, masak sebentar dengan api kecil, bila ada buih-buih mendidih kecil boleh matikan api.


Bahan-bahan utamanya

Rebuskan hingga mendidih tau

aku suka pakai serbuk lada hitam yang kasar gini
 
terlembut sangat lak labunya, tapi edy dan aiyan suka lembik-lembik gini...

lawankan dengan ikan kering, sambal je yang aku malas nak tumbuk

20 comments:

mama tisya said...

sukaaaa tp labu tk mkn..makan kuah je hehe..ngam ngan ikan kering tu

Sheila Arshad said...

ammi tak pernah beli pun labu

dorsett pink said...

nampak sedap. tapi saya tak makan labu.. hehe. pada yang makan labu, boleh lah ambik resipi ni utk masak

Orchid Puteh said...

Sedapnya labu.. lemak manis..Saya suka

norhidana said...

MamaTisya- hhehhe kuah je pun ok tuh

k Sheila- memang ammi tak makan labu yek..

DorsettPink- ramai jugak kawan-kawan yang tak makan labu rupanya

OrchidPUteh- itulah lemak manis dia tu kene dengan masak lemak labu ni kan

Amie said...

Mmmm... Yummy... Santan, ikan bilis dan labu memang akan timbul aroma yg mengancam selera.... Walaaaaa....

Wak Lat said...

labu msk lemak mmg sedapp.. ;p

Abam Kie said...

masa muda suka makan labu esp sira labu. biasanya di kenduri kahwin, selalu ada sira labu. sedap. dah tua ni jrg mkn atas faktor kesihatan.

Ujie Othman said...

antara menu fav akak.
terus teringat..lama dah tak masak menu ni.

Cik Bunga said...

sedapnya .. kita baru lepas makan labumasak lemak juga. tap tak perah letak lada hitam. sedap ye. nnt boleh cuba.

Kamsiah yusoff said...

Sedap labu masak lemak..kalau dpt kt akak hanis mkn mvm tu ja..

Awang said...

Labu masak lemak tu memang kena dengan ikan masin.

Kalau ada belacan lagi terangkat hehe..

Nadhie Wueen said...

Wow! Terliurnya kita tgk kak. Adui sedapnyaa!

Mimie said...

Sedapnya kak tapi saya hanya mamou berhuhuhu jelah. Makan memang kena bercatu dah sekarang ni.

Nur Asyiqin said...

masya Allah ... mak bagi makan ape rajin sgt masak sedap2 ni dana. hehehe.

Suhana Abidin said...

Labu nie saya suka buat serawa . Kalau makan confirm bermangkuk-mangkuk.

Azhafizah MN said...

Sedap tu. Memang lawannya ikan masin rangup. Kalau ada sambal belacan tu lagilah sodap!

norhidana said...

k Amie- betul tuh kak... otomatik je kan

wak Lat- betul tu wak, jadi berselera jadinya

Abam Kie- dana tak pernah makan sira labu atau masak sira labu walaupun mil selalu masak, tak berapa suka makan yang manis-manis

k Ujie- sesekali memang best menu nih kak, kalau selalu muak jugak

cikBunga- aah suka boh lada hitam, sedap bau dia tau

k Kamsiah- ratah pun boleh kalau yang minat

Awang- betul tuh, kalau ada sambal belacan lagi best

Nadhie Wueen- kalau teringin jgn lupa buat hehehe

Mimie- takpe mimie demi untuk sikecik tu nnti dah selamat bersalin lps pantang bolehla

k UmmiJourney- hehehe kekadang malas jugak kak

Suhana- akak sangat jarang buat serawa atau pengat labu nih...

Azhafizah- betul tu, lagi menarik tetarik bila ada sambal belacan kan

Sha Mohamed said...

Sedapnya.. Selalu makan kuah je.. Kurang suka makan labu.. tapi senang betul resepi dana nie.. boleh dicuba..

mamapp said...

Alahaii sedapnya makan dgn nasi panas