Tuesday, December 10, 2019

PEAR KUNING @ GOLDEN PEAR

 As salam semua kawan-kawan,

Sekarang aku kan tengah cuba kawal makan, jadi aku akan lebihkan makan sayur dan buah.  Aku tak minat sangat epal dan oren, sesekali ok tapi selalu tak boleh sangat nak telan.  Aku prefer pear hijau dan pear kuning.  Pear hijau memang wajib ada stok kat rumah. Selalu aku beli pear kuning yang biasa tu je, yang saiz biasa sebungkus dalam rm7 atau rm8 untuk 8 biji.  Tapi sejak aku dah terbeli pear kuning saiz besar kat pasar belakang pejabat rasa best pulak. 

Saiznya besar, rasa lebih manis dan texture nya lebih ranggup dan lembut.  Baru-baru ini beli yang kat pasaraya giant, sebiji rm1.99 aku beli 5 biji tapi saiznya memang besar puas hati makan, memang kenyang makan sebiji.
Korang suka makan pear tak? hijau atau kuning?

aku tak perasan harga nya selalu berapa, lepas ni kita cuba yang sebelah kanan pula... mahal sikit mesti lagi sedap rasanya

pear kuning ni besar tapi agak menggerutu, mula-mula aku ingat sebiji rm5.99 tapi edy kata itu sekilo rm5.99 kira murah jugak nanti kita cuba beli.

25 comments:

Suria Amanda said...

Pear kuning tu akak suka, pear Nikko yang kulit warna gold coklat tu lagi sedap, lagi juicy, kat MBG jual 4 biji RM15...kalau ada 2 jenis kuning ngan Nikko, akak akan beli Nikko...

norhidana said...

K SA- mahal sikit lah kalau beli kat MBG yek, kt giant rm2 lebih... lenkali nk try beli lah bila SA kata lagi sedap n juicy

Ujie Othman said...

Akak lebih suka pear hijau sbb lembut. Gigi dah makin tua...hahaa

Tapi sekarang tgh suka mkn oren Navel, beli kat Aeon. Harga agak mahal, tapi manis berjus.

Azian Elias said...

akak suka yang hijau tapi crunchy sikit tu dana.. tapi akak lebih suka local fruit compare mat salleh punya ni. apple lagi lah.. biasa2 je lah..sedap rambutan lagi. hehehehe..

mrhanafi said...

wah hebat ini...

kalau selalu makan buah boleh jadi slim macam anak dara hehehe

BTW...yang lebih pentimg sihat

mama tisya said...

selalu mkn pear ijo..tkpernh lg mkn golden pear tp skali tgk mcm buah lai

norhidana said...

k Ujie- pear hijau pun mmg dana suka kak, sedap bila dah lembut dah bau harum, oren navel memang sedap manis, dana pun suka

k Azian- dana pun suka jugak tu kak, cuma kadang agak kelat kalau tak berapa masak... buah-buah tempatan mmg feveret kak

mrHanafi- takdelah hebat mana, bagus kan makan buah-buah

mamaTIsya- kalau ikutkan pear ngn buah lai tu sama je kak, cuma ada certain tempat panggil buah lai, ada panggil buah pear..

lieyalatif said...

aku suke jugak dana.... aku suke yg rangup2 berjuis...gigit air pun boleh terpercik2 hahahaahah... tu laa kite kene seimbangkan pemakanan kite kan...lagi2 dah nak masuk siri ke 40an ni...uwaaaa...buah sayur mmg kene amik dlm menu sehari2 kite....

Ibu Lala said...


nak try beli la. cam sedap je.

Cik Bunga said...

kita pun suka. suka lagi kalau buat overnight oat campur dengan pear ni. sedappp...

JMR said...

PEAR ni kalau makan cicah colek mak bee pun sodap..hehe

norhidana said...

Lieya- itulah yang golder pear mmg manis rangup, juicy wei... itu yang layan

ibu Lala- cari jangan tak cari kak

cik Bunga- buat apa-apa pun mmg layan

en JMR- sudah semestinya

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. kami pun suka buah pear ^_^

Orchid Puteh said...

Ikut nasib juga saya ni.. kadang beli golden tu kurang juicy, kering dan masam..mungkin sebab stok lama.. kalau yang sebelah dia tu dulu rajin juga beli.. juicy dan banyak air.. manis sampai melekit kat tangan..

paridah said...

sedapnya buah2an pilihan diet dana

ShirVen said...

ada sejenis lagi pear ijau kekuning, sangat sedap tapi susah nak dapat. makin ke dalam isinya makin manis. yg golden pear ni tak pernah try lagi sebab terkena dgn Ya pear, tasteless. if terbeli, makan campur dgn asamboi merah

Nurul Shahira said...

Sha suka dua-dua, pear hijau & kuning. Kalau yg hijau suka cari yg lembut. Kalau yg kuning kena rangup.

Inani Hazwani said...

Nani suka yang kuning, sedaaap kemain kalau makan dengan asam masin tak pun serbuk asam.

norhidana said...

K Umi- memang ramai minat pear ni

OrchidPUteh- kalau dapat yg masam dan kering memang spoil betul kan, yg sebelah tu tak pernah try lagi

k Paridah- hhhehe bukan la diet sangat kak

ShirVen- rasa pernah makan jugak yang hijau-hijau tu tapi macam susah sikit nak jumpa kan

NurulShahira- betul hijau tu kene yang lembut baru best

Inani- ya betul tu, makan dengam asam boi memang layan

shaiful said...

Bagus makan sayur dan buah.

Nora Karim said...

Saya pun suka makan pear. Selalu beli yang kuning. Saya beli dekat pasar malam je selalu. Kalau pergi pasar malam sure rambang mata. :D

Azhafizah MN said...

sedap buah pear. jarang beli buah pear.. biasa beli epal hijau atau epal merah rangup pasar malam tu. kalau epal merah kat mall kurang rangup.

Mimie said...

Sedap pear kuning tu.. Feveret saya kak

Sha Mohamed said...

Suka pear hijau.. Yang kuning nie kurang suka sebab banyak air.. hehehe..

terserah said...


ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
WA : +85587781483