Friday, December 6, 2019

RESEPI GULAI KUNING IKAN AYE @ TONGKOL

As salam semua kawan-kawan,

Kejap je rasa dah masuk hari jumaat, aku nak kongsi dengan korang menu yang aku masak malam tadi.  Aku pernah kongsi resepi ini tahun lepas rasanya tapi saja nk kongsi lagi.  Kot ada kawan blog yang tak pernah tengok resepinya boleh la cuba ya.  Mula-mula dulu aku pun tak pernah cuba, takut tak jadi, takut tak sedap.  AKu mintak resepi ni dekat kawan pejabat yang asal kelantan.  Bila dah masak edy kata sedap, aiyan pun suka aku on jelah dengan resepi ini.

AKu ni bukan orang pantai timur, jadi mungkin ada sikit yang aku tambah tolak yek. Masak cara sendiri janji ada rasa tu, aku perasan masakan ini wajib ada lengkuas itu yang bagi rasa dia lain.

Bahan-bahan:

2 ekor ikan aye (rebus dulu dengan gula nise, garam dan asam keping selama 30 minit ke 1 jam dengan api sedang)
3  ulas bawang putih, kisar
5 ulas bawang merah kecil, kisar
1 biji bawang besar , kisar
2 inci kunyit, kisar
1,1/2 inci lengkuas, kisar
1 sudu besar cili boh, kisar
2-3 keping asam keping
gula dan garam
2 kotak santan kecil
air secukupnya
1 batang timun di potong memanjang
5-7 biji cili api

Cara Masak:
- Rebuskan bumbu yang kita kisar dengan 2 cawan air biar hingga bumbu masak dan mendidih, masak dengan api sedang
- Masukkan ikan yang kita telah rebus dan sedikit air rebusan nya,asam keping, biarkan meresap rasa dalam ikan tu selama lebih kurang 5 ke 10 minit dengan api sedang
- Masukkan timun dan santan tambah lagi air, masak dengan api kecil sedang jangan kacau sangat nanti ikan boleh hancur.
- Perasakan dengan gula dan garam, masukkan cili api tunggu mendidih dengan buih kecil, siap



2 ekor ikan ni, tamak betul orang yang beli tuh... rebus dengan garam, gula nise dan asam keping

aku tak sempat rebus lama, sebab masa dah suntuk... rebus dalam 45minit gitu dengan api sedang

bahan kisar yang aku rebus dengan air hingga masak

bila dah masukkan ikan rebus tu, masukkan separuh air rebusan ikan dalam ini


lepas dah masukkan santan, masakkan dengan api kecil je sampai masak

dah siap, saja tayang kepala tu sebab kegemaran edy


33 comments:

iduraz said...

sedapnya..selalu mkn kat kedai jual nasi berlauk

Sheila Arshad said...

nampak nyem...
aci tak kalau tukau ikan lain...tak sukalah ikan tongkol ni

mama tisya said...

fav menu ni sbb mak akak slalu masak kalo buat nasi berlauk tp ank tk pernh try masak lg..tau mkn aje hehe

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. hmmmm sedap ni, tambah lagi sedap kalau makan resepi orang terengganu yg masakkan. hehe

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa kak Dana gulai ikan aye ni. Fav!

Cik Bunga said...

sedapnye..boleh cuba nnt..

norhidana said...

Iduraz- betul memang selalu ada untuk nasi berlauk

k Sheila- boleh je tukar ikan lain, macam mabong, ikan tenggiri pun boleh

mamaTisya- akak try la buat pulak, bestla mak dia boleh masakkan

k UmiNazrah- alah bukan orang terengganu masak pun sedap kak, dana pun bukan orang terengganu

Inani- heheh makan dengan nasi pastu ada lak sambal cili perkkh mmg tak ingat apa dah

Kamsiah yusoff said...

Sedapnya buat nasi berlauk..

anakdenesor said...

apsal arini ramai kongsi resepi..alahhh lapa laaaa

NanyFadhly said...

Woaahh!! camni rupanya masak ikan tongkol lemak version pantai timur. Nyumsss

Han Hanni said...

sedap ni.. suka sangat..

norhidana said...

cik Bunga- cuba jangan tak cuba

k Kamsiah- tulah kak, memang layan

AD- hehehe hari jumaat akak mmg segmen kongsi resepi

k NanyFadhly- hehehe aah kak, cuba lah masak mana tau berkenan

Han- orang pantai timur mesti suka

messarah said...

wahh ikan tongkol

m.u.l.a.n said...

Fuhhhhh tak menahan tengok nya..

Warisan Petani said...

memang sesuailah kawen dengan orang pantai timur.

Suhana Abidin said...

perghhhh ! terliur . Dah la weekend tengok post nie , tengah hujan renyai-renyai plak . Lapar sokmo . .

paridah said...

WOW SEDAP NI MKN DENGAN NASI DAGE

Abam Kie said...

kat kelate ni kami makan nasi berlauk pagi2. salah satu lauk favourite ialah ike ayo masak kuning ni la..

Azhafizah MN said...

sedapnya gulai ikan tongkol makan dengan nasi panas. boleh bertambah nasi dibuatnya.

Nurul Shahira said...

Sedapnya gulai ikan tongkol. Makan dengan nasi panas-panas, letak sambal belacan & ulam. Fuh. Bertambah nasi.

Nur Asyiqin said...

Subhanallah.. sper duper sedap ni.. kalau orang2 tua berselera makan makanan bersantan.. mak mertua ummi ada dekat rumah.. boleh masakkan die lemak ikan togkol..hehe.tq dana. ;)

Akashah Kassim said...

Wow! Nampak menarik

norhidana said...

Messarah- iya antara masakan yang sesuai di masak

k MULAN- hehehe memang layan kak, sampai 3 hari layan lauk ini

wak WP- heheheh dana dah kawin dengan orang pantai timur baru belajar masak ini

Suhana- hehehe time hujan memang lapar je perut ini kan

k Paridah- betul kak, makan dengan nasi berlauk pun sedap kak

Abam Kie- betul tu, tapi selalu suami suka makan untuk menu makan malam

Azhafizah- betul tuh, bau dia tu pun dah sedap

NurulShahira- betul tu memang lawan dia tuh

k Ummi- boleh, masakan nya pun tak pedas, semerbak lengkuas tu sedap betul

Akashah- memang menarik lagi2 rasanya

Suria Amanda said...

Akak tak pernah lagi masak macam ni tapi tengok macam menarik dan macam senang nak buat..boleh cuba la nanti...

Aryan azra said...

sedap tuu

norhidana said...

k SA- cuba lah nanti kak, mana tau tersuka... boleh jugak cuba dengan ikan lain

k Aryan Azra- betul tu kak

Ujie Othman said...

Nampak sedap tu 😋

Sha Mohamed said...

Part kepala tu yang extra mengancam tu.. hehehe..

ShirVen said...

resepi baru bagi aku, tapi yg pasti Dana masak cfrm sedap ni. isskk..lapar...

Nora Karim said...

Saya belum pandai lagi masak resipi ni... Hari tu masak encik suami kata tak kena lagi bahannya... so belum try buat lagi :p

norhidana said...

k Ujie- heehhe sedap kak, sendiri puji

k Sha- heehe itulah pasal kepala tu menggoda

ShirVen- cuba lah masak wei

k Nora- takpe cuba lagi... insyallah jadi punya

Mimie said...

Nampak sedap tapi saya kureng makan ikan tongkol. Makan tu makanlah tapi kureng lah

terserah said...


ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
WA : +85587781483