Monday, December 9, 2019

BEG TANGAN UNTUK MAK NOR

As salam semua kawan-kawan,

Salam isnin kawan-kawan, ada yang tengah bercuti ke hari ini? Aku masih gigih lagi kerja sambil mengasuh aiyan di minggu ke 3 cuti sekolah.  Insyallah lagi 2 kami nak balik kampung di Johor.  Kami ber 4 je, aku, aiyan, maktek dan ecah, papa dan pakcik tinggal jaga rumah.  

Masa kami ke Kuala Terengganu pada oktober untuk konvo paksu memang dah plan nak belikan beg tangan untuk mak Nor tapi takde kesempatan.  Jadi nya aku bincang dengan adik-adik untuk kongsi beli dan aku akan carikan sebab kebetulan aku nampak ada beg tangan polo tengah sale di Aeon big, wangsamaju.

Semalam pagi lepas beli sarapan dan membeli keperluan sekolah aiyan, kami pun ke aeon big. Menarik juga tengok pilihan yang ada, rambang mata jugak lah. Akhirnya dapat la yang berkenan di hati, harap mak Nor suka dengan beg tangan baru ini. 

design nya simple je semua harga pun berpatutan

warna pun kira cantik bagi aku, cuma design tak banyak sangat
ini yang kami berkenan, ada 4 pilihan warna... warna asal dia merah gelap tapi nampak merah terang pulak

beg tangan aku memang merah terang, siap letak sebelah-sebelah untuk perbandingan warna

Besar juga tapi ok lah muat mak aku nak boh macam-macam dalam tu

suruh dia ambil gambar nak tunjuk kat nenek... gaya dia tu

ini warna sebenar beg tangan tuh, dalamnya ada dapat 2 lagi beg, best kan




23 comments:

Suria Amanda said...

Cantiknya handbag untuk Nenek Ayyan...awal tahun lepas SA belikan warna yang sama untuk Mak Lang...

Kamsiah yusoff said...

Tentu siibu gembira dan berbangga menerima pemberian Dana..

Aryan azra said...

cantik beg tu..dapat 3 beg lagi tu.

akak kerja sampai esok je,lepas tu cuti hehehe

Suhana Abidin said...

Mak-mak nie tak kisah pun pasal design , jenama atau mahal ke tak . Biasanya diorang bersyukur sangat ada jugak anak-anak beli hadiah untuk diorang . Ayat yang biasa keluar dari mulut diorang "mak tak mintak pun , tak payah la membazir" . Hmmm , rindu pulak dekat mak . .

norhidana said...

k SA- pening jugak mula-mula nk pilih tapi janji selesa dan sesuai, nak warna hitam macam dah bosan sangat

k Kamsiah- alhamdulillah, harapnya kak

k Aryan Azra- itulah kak dapat 3 beg terus best tuh, wahhh mesti lama akak cuti tuh

Suhana- betul tu, sama lah ayat mak akak gitu gak, dia bukan mintak tapi kita sebagai anak yang nak bagi, kita rasa happy bila dai pakai

mama tisya said...

nice..mesti mak suka tu..nk2 plak ada 2 beg kecik lg tu

Warisan Petani said...

Bestkan
beg tangan pun beranak

anamizu said...

alamakkkkk syoknya ada sale polo!!!
bestnye nenek dapat beg baru ye hehehe

Cik Bunga said...

cantik..seronok neneknya dapat handbag baru ni,,, tambah hadiah dari anak2.

Abam Kie said...

Mesti mak suka beg baharu tu nanti.
Gembirakan hati ibu semasa dia masih ada...

norhidana said...

MamaTisya- itulah, harapnya dia suka lah, selalu emak ni tak kisah dia suka je

wak WP- hehehe itulah wak, berbaloi2

Anamizu- aah, memang dicari-cari sale ini, beg sebelum ini dah teruk sangat

cik Bunga- betul tu, alhamdulillah

Abam Kie- betul tu abam, sebab tu kalau tak dapat balik kami beli apa-apa mesti akan poskan apa yang dia teringin

Azhafizah MN said...

cantiknya beg. Mesti nenek suka beg tangan tu. Warna dia menyerlah sangat. Suka!

Ujie Othman said...

Cantik Dana..pandai pilih!
Lg best, ada lagi hadiah dlm hadiah 🤩

Nurul Shahira said...

Sha pun suka design simple macam ni. Senang nak match dengan baju. Kaler pun cantik. Mesti nenek Ayyan suka 😊

Ibu Lala said...


rambang mata tengok henbeg tu semua. rasa sume nak.

abuikhwan said...

Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
Wah! kalu bawak orang rumah saya ni mmemang rambang bijik mata nak memilihnya.. semuanya cantik-cantik.
Memang sesuai sangat warna tu, tentu gembira hati orang tuanya. Walaupun mereka tidak meminta tetapi tanggungjawab kita untuk menggembirakan mereka sehingga hujung nyawa...

norhidana said...

Azhafizah- harapnya dia suka... kadang dia suka yang gelap2

k Ujie- untuk emak tak boleh yang ulala sangat, nanti dia segan nak pakai

NurulShahira- itulah, harapnya dia suka lah

Ibu Lala- hheehhe tulah pasalnya kak

enAbuIkhwan- wsalam, perempuan memang suka tengok benda macamni ustaz, kadang dapat yang kecil pun dah gembira sangat, iya sentiasa gembirakan hati orang tua kita selagi hayat ada

Orchid Puteh said...

Design simple mimple macam ni kena dengan saya.. Sampaikan salam saya buat makcik ya kak Dana..

Sha Mohamed said...

Berbaloi beli masa slae.. Siap ada extra beg lagi ye dalam dia.. Memang berbaloi-baloi.. Bila kena cahaya kamera memang nampak macam merah terang..

ShirVen said...

confirm mak epi tu dapat bag beranak pinak. merah terang n tak berapa terang pun ok kat mata aku

Nora Karim said...

Bijakkan? Beli time sale memang untung banyak... bukan dapat satu... daapat 3 tuh... hehehe mesti Maknya suka...

Mimie said...

Cantik handbag untuk mak nor tuh. Pandai akak pilih

terserah said...


ayo daftar di agen365*com :D
WA : +85587781483