Tuesday, April 14, 2026

LARIAN CABARAN 2026 PPKI

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita sabtu lepas, Aiyan ada program larian mula-mula ingat tak payah ikut serta tapi kesian pulak dia kata nak ikut. Sabtu agak susah sebab Edy kerja dan aku hd pagi. Tapi bincang-bincang pagi tu Edy hantar ke sekolah, jadi Edy kene datang kerja awal sikit la. Balik tu lepas hd aku ambil. Cuma masa aku sampai dalam pukul 11.15 tinggal beberapa murid je tunggu lain dah balik. Pukul 10.40 dah siap programnya. Dia tunjuk yang dia dapat medal, ingatkan dia ikut lari tapi dia kata . `Cikgu suruh Aiyan duduk je dekat tempat beg dan tunggu kawan-kawan siap lari. Lepas tu masa bagi medal cikgu panggil nama Aiyan. ` Itu yang Aiyan pun dapat medal juga hehehhe. 

Aku pesan kalau nak ikut tak payah lari jalan je pun boleh, tapi sebab cikgu tahu yang dia ada masalah jantung, jadi cikgu suruh dia duduk jelah. Medal dia bagi kepada 20 orang je itu pelik kenapa dia dapat jugak 1. Apa pun dia gembira je dapat medal tu.

Masa ni dah tak ramai orang, tapi memang akan ada pembantu cikgu akan tunggu sampai penjaga datang

Bukan siap pakai medal


Dengan kawan baik nya


3 comments:

  1. Wahhh, tahniah anak hebat, Aiyan. Ni kalau aunty kat belakang, mengah nak kejor potong Aiyan ni, hihi.

    ReplyDelete
  2. comel nya explanation Aiyan tu...
    tolong jaga beg kawan2 pun dapat medal..besar jasa tu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, dapat juga medal.. tentu aiyan gembira sangat

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...