Friday, November 7, 2025

RESEPI UBI BLEGUDEK

 Assalamualaikum semua,

Bila datang teringin makan ubi kayu,selain rebus empuk lepas tu cicah dengan sambal merah aku suka jugak masak macamni. Macam gaya ubi ungkep macam jugak ubi berempah tapi kat kampung aku di panggil ubi blegudek. Bahasa jawa kan heheheh. Lepas tu esoknya kita bancuh tepung dan goreng pulak dengan tepung memang sedap sangat. Mula la teringin ni

Bahan-bahan:

5 batang ubi, buang kulit rebus hingga empuk dan toskan

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji besar bawang merah, hiris nipis

segenggam bilis goreng

1-2 sudu serbuk kari ayam

Sedikit garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu.

- Masukkan serbuk kari, kacau-kacau hingga naik bau.

- Masukkan ubi rebus, gaul-gaul hingga rata bumbu nya.

- Taburkan sedikit garam gaul lagi dan akhir sekali tambahkan bilis goreng. Siap


ini tak boh pewarna memang jenis ubi yang warna kuning








11 comments:

  1. Entah akak ni Jawa mana, boleh pulak tak tau pasal ubi blegudek ni Dana 😅

    ReplyDelete
  2. sedap tu resipi tradisi boleh Dana buat jualan

    ReplyDelete
  3. Aduh, susah nak sebut ni Dana tapi nampak sedap sangat tu.

    ReplyDelete
  4. Ubi kayu ke tu? Nampak sedap jugak tu.

    ReplyDelete
  5. makan gitu je ke? atau ada sambalnya.. ke kena makan dengan nasi? pertama kali tahu ni

    ReplyDelete
  6. Baru tahu kewujudan ubi blegudek ni. Ingatkan letak serbuk kunyit, rupanya memang warna dia gitu ek. Menarik ni. Kalau ada depan mata wajib cuba sebab suka makanan berasaskan ubi kayu. Macam-macam olahan resipi ubi kayu ni rupanya ye. Biasa rebus gitu atau goreng je.

    ReplyDelete
  7. nampak sedap. pertama kali tau menu ni

    ReplyDelete
  8. First time tengok ni Dana, mesti sedap

    ReplyDelete
  9. First time tengok masak gini ni Dana...

    ReplyDelete
  10. Wah.. tak pernah cuba lagi masak macam ini.. Nampak menarik..

    ReplyDelete
  11. First time juga dengar nama ubi ni.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...