Thursday, August 21, 2025

PHOTO DIARY #26/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini awal aku tidur dekat hd ni, pukul 8.00 pagi dah terlelap mengantuk sangat. Pukul 8.35 bangun dah. Sekarang setiap hari aku bangun pukul 3.30pagi sebab nak masak menu jualan. Penat memang penat tapi selagi belum dapat untuk claim duit bayaran hd, jadi kene gigih cari duit lebih.

Terbebel panjang pulak, jom tengok cerita bergambar.

Rutin 2,4,6

Bekal pagi ini

Pukul 7 lebih dah berselimut sebab sejuk, awal pagi tadi kan hujan

Baju batik baru arini tapi tetapl dengan warna maroon

Besar kan, 5 biji RM13.00


Menu semalam, masak kat pejabat

Dah tahu kalau pasni kene cuci ulam raja ni dulu baru masuk dalam plastik kalau nak bawak ke pejabat

Adik cleaner yang selalu kemaskan meja kerja

Semalam sarapan jauh sikit dengan geng kedai

Mee rebus

Mencuba pakai beg untuk bawak barang, jumaat ni ada budak opis nak naik Gunung Kinabalu

Tetamu sabtu ahad

17 comments:

  1. sekali pandang beg oren tu dah macam beg rider grab.. ke bukan? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha aah lebih kurang, cuma beg tu disertakan sekali dengan alat untuk mengukur kat atas gunung nnti

      Delete
  2. Pulut dengan kelapa tu, tak tahan tengok, sedap sangat.
    Take care ya Dana. Moga dipermudah kan semua urusan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah jarang orang tak minat pulut kelapa kan kak

      Delete
  3. Bagus juga tu kak Dana dapat tidur kejap. Recharge energy.Serba pink maroon gitu tema Kak Dana dari selimut, baju tudung dan buah. Bunga pun ikut tema. Naik Gunung pakai beg macam food delivery okay tak tu? risau sakit belakang je. Wah Mak Tek datang rumah riuh rendah lah rumah Aiyan ada geng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak tak boleh nak tidur lama kejap je pun cukup lah... itulah beg itu dapat sekali dengan alat yang mereka nak bawa naik ke gunung tu.

      Delete
  4. Moga Allah permudahkan urusan Kak Dana...pesan dkt officemate jgn bawa beg besar2 atau berat2 naik gunung Kinabalu...bawa simple jer...kasut jgn mahal2...pakai kasut getah sahaja...berdasarkan pengalaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beg itu mereka perlu untuk bawak alat untuk melakukan kerja-kerja pengukuran, bukan saja-saja bawak beg besar.

      Delete
  5. Sedangkan Dana kat situ sejuk berselimut..akak yang naik MRT pagi2 pun sejuk..tambah kat opis..rasa nak bawak je toto pi kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan tak berhenti lagi rupanya itu yang sejuk gedi.... kalau dlm mrt mesti lagi sejuk kan kak

      Delete
  6. Semoga dipermudah segala urusan sehariannya

    ReplyDelete
  7. Bunga raya ke yang warna pink lembut tu, macam warna peach pun ada. Cantik sungguh!

    ReplyDelete
  8. Mengukur Kat atas gunung kak? Uwaaaah pasti teman2 kakak ini memang hobinya mendaki gunung juga kan, Krn itu mendapat tugas begini 👍

    ReplyDelete
  9. amboiiiii dah pandai makan eskrem. jap lagi pantang dia dengar bunyi moto bunyikan loceng eskrem

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...