Monday, August 11, 2025

MASAK-MASAK DI PEJABAT

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas kawan pejabat aku ada kursus di Cameron Highland, jadi kami kirim jagung dengan dia. Niat nak buat bubur jagung kat pejabat. Lepas tu dah alang-alang suruh kawan pejabat lelaki untuk masak nasi siap lauk. Sementara mereka ada di pejabat setelah berminggu-minggu mereka kerja luar. Aku masak bubur jagung je, nasi dan lauk semua geng lelaki yang masak. 

Teringat-ingat pulak bubur jagung ni

Menu utama kari ayam

Ini tukang masaknya


Ikan sungai goreng garing

Ikan keli goreng


Tengah hari tu lepas ambil Aiyan balik sekolah, hantar balik ke rumah pastu balik ke pejabat semula rasa lapar, makan bubur jagung ni dulu

pukul 1 lebih baru kami makan tengahari, masa ni geng lelaki semua di masjid lagi

Kami simpan untuk geng perempuan

19 comments:

  1. pandai nya geng2 lelaki tu masak...
    nampak sedap lah bubur jagung tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka selalu masak kalau kerja luar. Bubur jagung tu mustila sedap sebab kita yang masak heheheh

      Delete
  2. Best betul office bleh masak- masak...kalau macam ni la opis Kak SA...jimat belanja kami x yah keluar makan kat NuSentral tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali boleh la kak, sebab selalunya kosong je opis ni

      Delete
  3. sedap tu bubur jagung...lama tk mkn...masak2 kt opis meriah...kt opis akak pn bila pakat ramai2 tkmo kuar lunch, depa masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene ada permintaan ramai sebab barang-barang tu kena ada yang tolong beli jugak kan heheh

      Delete
  4. Baguslah geng lelaki dia, boleh diharap, hihi.

    ReplyDelete
  5. Bagus ni, sama-sama bertugas memasak.
    Nampak sedap sungguh nasi lauk dalam pinggan Dana tu.

    ReplyDelete
  6. Bagusnya kalau orang lelaki pandai masak. Taklah mengharap isteri je yang masak. Sama-sama boleh masuk dapur.

    ReplyDelete
  7. Bestnyer erk boleh main masak2 kat pejabat

    ReplyDelete
  8. Sedapnya bubur jagung. Lama tak makan. Seronok juga masak2 makan2 ramai2 camni.

    ReplyDelete
  9. Bubur jagung tambah sagu ye tu? Sedapnya! Wah bagusnya geng lelaki pandai masak. Senang kerja orang perempuan macam ni. Nampak sedap semua menu lauk pauknya. Ada ikan goreng, ada ulam dan sambal belacan. Berselera betul makan macam ni.

    ReplyDelete
  10. kitorang pun boleh jugak masak sesekali dalam ofis.. bukan ape, kitorang punya fire alarm ni sensitif sikit.. pernah sekali kena kosongkan bangunan, ingatkan fire drill.. rupanya sebab ada hamba Allah yang goreng keropok lekor dalam ofis.. adoi la.. ^^

    ReplyDelete
  11. Semuanya sedap tu..macam makan kat rumah dah..syoknya..

    ReplyDelete
  12. bila ada mkn2 di pejabat la waktu paling best kan hihii :D
    lagi lagi kalau masak terus dalam office huhuu ..

    ReplyDelete
  13. Bahagianya dikeliling rakan sekerja yang sporting.

    ReplyDelete
  14. Baguus lah kalo office bisa dipakai untuk masak juga ☺️. Jarang ada yg begitu. Dan staff lelaki pandaaai masak ya kak. Tak usah harap lah teman2 lelaki di kantor saya bisa begini 🤣

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...