Friday, October 31, 2025

RESEPI TUMIS SOS KUPANG

 Assalamualaikum semua,

Sekarang kerajinan aku masih ada lagi, kalau tak jumaat selalu sunyi tanpa resepi kan. Hehhehe tapi itulah kadang masak resepi sama je itu  yang tak kongsi tu. Kupang ni aritu aku kirim kat adik aku masa dia balik kampung. Ada sepupu yang jual kupang ni elok besar isi nya, dia dah buang kulit dan bersih takde rambut atau cengkerang dia. Puas hati beli 1 bekas RM16.00. Jom tengok resepi nya.


Bahan-bahan:

250gm kupang

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji bawang holland, hiris

2 ulas bawang merah kecil, hiris

2 batang serai

1/2 inci halia, potong nipis

6 biji cili api potong 2

4 sudu besar sos cili

Garam

Daun bawang

Cara masak:

- Tumiskan semua bahan tumisan, hingga naik bau dan kekuningan.

- Masukkan kupang, gaul-gaul lepas tu masukkan sos cili.

- Tutupkan kuali dengan penutup biar kupang masak untuk 10-15 minit.

- Masukkan garam dan akhir sekali daun bawang. Siap










Thursday, October 30, 2025

PHOTO DIARY #34/2025

 Assalamualaikum semua,

 Sudah beberapa hari tak hujan, waktu petang panas betul. Bila panas mula la kita inginkan hujan, bila dah hujan turun kita sibuk inginkan matahari muncul. Aduhai. Hari ini aku tak tidur pun masa hd, sejuk sangat tapi tak boleh nak tidur. Masuk pejabat baru sempat buat entri di waktu rehat ini. Jom tengok cerita bergambar.

Sejuk sangat dalam ini semua ekon di buka sampai berselubung

Begini la keadaannya

ini semalam petang , kami bertiga je kat pejabat malas nk buka pintu belakang dan lampu

Siapala punya kerja ni kan... membeli barang je hahahha

setiap  hari balik dari sekolah wajib mee goreng mamak

tukar mesin coway baru di pejabat... cun warnanya

pejabat kami di tingkat 7 dah hampir siap

hari selasa pun mee mamak juga

Tengah kemaruk dengan bunga hidup ni

mee mamak di hari isnin

hari isnin pun kami berdua juga

teringin nan garlic

hari ahad dia ikut Edy pi dobi, makan mee mamak

Wednesday, October 29, 2025

WW CEDERA

 Assalamualaikum semua,

Aku ada cerita pasal jari Edy kan, 27hb hari tu jumpa doktor untuk tengok jahitan dan ada xray sekali.

Ngilu pulak tengok

Rupa dalamnya .. 


Kos masuk ward dan buat pembedahan di KPJ Rm 33,000.00

Tuesday, October 28, 2025

OH! FISH & CHIPS TAMAN MELAWATI

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini kita rajin buat entri, pasal fish & chips. Kawan pejabat la yang dok cerita pasal fish & chips pastu aku lak yang terliur. Minta Edy carikan dan memang ada rezeki dapat merasa. Tengok ramai juga yang kongsi di tiktok pasal makanan yang ini. 

Ikannya memang sedap, betternya pun sedap. Ranggup di luar dan moist di dalam. Kentang goreng pun banyak dan sedap. Mereka tak guna ikan dory tapi ikan sea pearch. Kalau ada yang nak cuba boleh google je nama mereka tu. Di ada beberapa cawangan di Taman Melati dan di TTDI.




Ikan nya tebal memang puas hati



Monday, October 27, 2025

KL PARK FESTIVAL DI TASIK TITIWANGSA

 Assalamualaikum semua,

Sepatutnya minggu lepas nak kongsikan cerita ini tapi terlupa pulak. Jadi kita cerita hari ini lah pasal kisah Festival Park ini. Festival ini di buat pada 17 hingga 26 Oktober yang lepas. Hari ahad 19hb tu kami dah pergi masa tu pukul 10.30 pagi memang penuh parking jadi kami balik je. Isnin tu kan cuti Deepavali pukul 8 pagi kami dah sampai situ. Dapat parking dekat dengan pintu masuk, sarapan di gerai tepi sebelum masuk ke tasik pada pukul 9 pagi. 

Masa mula tu, jalan-jalan tengok gerai-gerai yang jual pokok. Pelbagai jenis bonsai, bunga orkid tapi aku tengok jelah tak terasa nak beli. Lepas tu jalan lagi dekat separuh tasik juga berjalan baru jumpa pelbagai sususan dan gubahan bunga. Cantik dan leka betul menengoknya. Sampai ke bahagian dekat pentas utama tu aku dah kepenatan, tak sanggup nak habiskan 1 pusingan. Jadi balik la kita, sambil tu kejap-kejap duduk sebab kepenatan. Kalau datang waktu malam lagi best, lampu-lampu nya lagi meriah. Dia lebih kurang macam floria tapi versi mini gitu hehehe.


Cantik tau, bunga yang diawet dan tahan sampai bertahun

bunga yang sekuntum tu RM50, yang besar atas tu Rm500